AbstractKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jalur-jalur sanad dan perbezaan antara sanad serta tahap kefahaman tentang sanad, usiil riwayat Hafs dan penguasaan bacaan usiil riwayat Hafs di Maahad-Maahad Tahfiz di negeri Pahang. Kajian ini berbentuk kualitatif dan kuantitatif yang digunakan untuk mendapatkan data perkembangan jalur-jalur sanad.Data kualitatif yang diperolehi melalui temu bual dianalisis bagi menentukan jalur-jalur sanad dan perbezaan antara sanad yang diperolehi dari Mesir dan India. Sementara data kuantitatif yang diperolehi melalui soal selidik dan ujian digunakan untuk mengenalpasti kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap sanad bacaan al-Quran dan usiil-usiil riwayat Hafs. Temu bual melibatkan 9 orang guru yang mempunyai sanad bacaan al-Quran riwayat Hafs, Sementara sampel kajian bagi soal-selidik dan ujian melibatkan seramai 70 orang pe1ajar yang berada di bawah seliaan guru-guru yang mempunyai sanad bacaan alQuran.Data kuantitatif dianalisis secara statistik. Dapat.....