AbstractMakalah ini bertujuan menjelaskan kata sifat (kata adjektif) bahasa Melayu yang berfungsi sebagai penerang kata kerja. Berdasarkan teori golongan kata, khususnya bahasa Inggeris, kata yang menerangkan kata kerja ialah kata adverba, iaitu adverba cara. Hal yang sama berlaku terhadap golongan kata bahasa Melayu, iaitu tanggapan bahawa kata sifat yang menjadi unsur pengisi bagi gatra selepas gatra kerja ialah kata adverba atau kata keterangan dan bukan kata sifat. Walau bagaimanapun, dalam kajian ini, golongan kata yang dimuatkan dalam gatra penerang kata kerja dianggap sebagai kata sifat dan bukan kata adverba. Terdapat empat sebab mengapa kata sifat ini tidak dianggap sebagai kata adverba, pertama, tiadanya perubahan dalam morfologi; kedua, kata sifat masih mengekalkan posisi yang sama, iaitu dalam posisi penerang; ketiga, wujudnya perbezaan antara gatra dan unsur pengisi, manakala yang terakhir golongan kata bagi sesuatu bahasa tidak boleh diterjemahkan, melainkan perkataan sahaja. Ber.....