UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 2
Simplified search suggestions : Kamaruddin Mohamad Kamal
12009
monograph
Selatan Sepanyol abad ke 8-11M : sumbangannya terhadap kebangkitan Renaissance di Eropah
Kamaruddin Mohamad Kamal,
Kedatangan Islam ke Sepanyol telah memberi kesan yang mendalam terhadap Peradaban Eropah. Peradaban Islam yang berpusat di Selatan Sepanyol memainkan peranannya yang penting terhadap kemunculan Renaissance. Cendekiawan Islam telah menterjemahkan karya-karya Greek dan Rome ke dalam bahasa Arab sehingga menjadikan bahasa Arab bahasa popular dalam bidang sains dan kebudayaan di Sepanyol. Peradaban Islam Selatan Sepanyol juga memartabatkan keilmuan Greek dan Rome daripada musnah pada Zaman Gelap. Tanpa penghormatan yang diberikan oleh cendekiawan Islam terhadap karya-karya tersebut, pasti ia lenyap begitu sahaja. Proses penterjemahan yang dilakukan terhadap karya-karya klasik Greek dan Rome oleh cendekiawan Islam berjaya menarik Eropah keluar dari Zaman Gelapnya memasuki fasa baru iaitu Renaissance. Para cendekiawan Eropah telah mengkaji semula dan menterjemahkan semula karya-karya klasik Greek dan Rome dan karya-karya cendekiawan Islam yang berpusat di Cordova dan Granada di Selatan Sepan.....

1722 hits

22014
article
Kajian perubahan dan status alam sekitar kawasan sekitar laluan kereta api lama dari stesen Taiping ke Port Weld, Perak, 1885-2010
Ariffin Khairi, Ibrahim Mohd Hairy, Kamaruddin Mohamad Kamal,
Kawasan warisan kereta api lama di Perak ialah bekas laluan kereta api antara Taiping-Port Weld (Kuala Sepetang). Laluan ini pernah memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negeri Perak. Kajian ini menggunakan metodologi observasi visual. Di sebabkan kepesatan pembangunan dalam sistem pengangkutan jalan raya maka jalan kereta api ini telah ditutup dan ditinggalkan lebih 30 tahun lalu. Namun aktiviti manusia masih dijalankan di sepanjang laluan tersebut termasuk di beberapa kawasan seperti di bandar Taiping, pekan Aulong, Simpang dan Kuala Sepetang.Aktiviti ini juga telah merubah alam sekitar fizikal menjadi kawasan pertanian kelapa sawit, kawasan perniagaan, kawasan petempatan dan aktiviti perikanan. Kawasan paya bakau hanya tertumpu di kawasan Kuala Sepetang dan beberapa kawasan belukar serta kawasan tanah rendah berpaya yang terdapat antara kawasan Aulong hingga ke Kuala Sepetang. Kawasan warisan ini dihuni oleh manusia secara tetap pada masa kini. Dapatan kajian ini menun.....

2481 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.