UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 2
Simplified search suggestions : Kavitha Ratnam
12017
Thesis
Kesan teknik eksplorasi internet berasaskan pendekatan konstruktivisme terhadap penulisan karangan fakta
Kavitha Ratnam
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesan teknik eksplorasi Internet berasaskan pendekatan konstruktivisme terhadap penulisan karangan fakta murid tingkatan empat. Kajian ini menggunakan reka bentuk campuran, iaitu kuantitatif dan kualitatif untuk mencapai lima objektif khusus. Kajian ini menggunakan kaedah kuasi-eksperimen dan analisis karangan. Sampel kajian terdiri daripada 73 orang murid tingkatan empat di salah sebuah sekolah di dalam Daerah Hilir Perak, Teluk Intan. Murid bagi kumpulan kawalan ialah 35 orang, manakala murid kumpulan rawatan ialah 38 orang. Dua orang guru juga dipilih sebagai sampel untuk penilaian pencapaian karangan. Huraian data bagi kajian ini dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Huraian data deskriptif bagi reka bentuk kajian kuantitatif adalah dengan menggunakan min dan sisihan piawai. Bagi reka bentuk kuantitatif juga, huraian data inferensi adalah dengan menggunakan Ujian-t Sampel Tidak Bersandar. Ujian Cohen's Kappa pula untuk menganalisis p.....

1885 hits

22025
Thesis
Keberkesanan pendekatan pembelajaran berasaskan inkuri dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu murid Tingkatan Empat
Kavitha Ratnam
Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pendekatan pengajaran berasaskan inkuiri dalam meningkatkan kemahiran penulisan karangan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat. Reka bentuk kuasi-eksperimen telah digunakan melibatkan 60 orang pelajar Tingkatan Empat dari SMK San Min, Hilir Perak yang dipilih secara bertujuan berdasarkan pencapaian setara dalam subjek Bahasa Melayu. Seramai 12 orang pakar pelbagai bidang turut terlibat dalam menilai kebolehgunaan item praujian dan pascaujian, borang soal selidik, soalan temu bual, serta Manual Pendekatan Inkuiri 5P yang dibangunkan khusus untuk kajian ini. Data kajian diperoleh melalui praujian, pascaujian, soal selidik dan temu bual separa berstruktur. Data kuantitatif dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi, termasuk pengiraan min, sisihan piawai, Ujian-t Sampel Tidak Bersandar dan Ujian-t Sampel Berpasangan bagi menentukan perbezaan pencapaian antara kumpulan rawatan dan kawalan. Data kualitatif pula di.....

61 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.