AbstractKajian ini adalah bertujuan untuk membangunkan Modul Amali Keelektromagnetan Berteraskan Audacity dan untuk menentukan keberkesanan modul amali tersebut terhadap pencapaian pelajar Tingkatan Empat. Modul amali ini dibangunkan berdasarkan Model ADDIE dan Sembilan Peristiwa Gagne. Satu kajian berbentuk eksperimen dijalankan bai menilai keberkesanan modul tersebut. Seramai 70 orang pelajar dari sebuah sekolah menengah di daerah Bagan Datuk yang dipilih secara teknik persampelan rawak mudah dan dibahagikan kepada kumpulan rawatan yang menggunakan Modul Amali keelektromagnetan Beteraskan Audacity dan kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah amali konvensional. Kajian ini menggunakan set soalan ujian pra dan ujian pos sebagai instrumen. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pencapaian pelajar kumpulan rawatan yang mengunakan Modul Amali Keelektromagnetan Berteraskan Audacity mengalami peningkatan yang signifikan berbanding pencapaian pelajar kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah amali kon.....