UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

19 record(s) found

Simplified search suggestions : Koh Liew See
1
Abstract
Kajian  ini  bertujuan  untuk  membentuk  model  pengurusan  bekalan  air  domestik berkualiti semasa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Jajahan Kuala Krai. Pendekatan  digunakan adalah kuantitatif. Reka bentuk kajian adalah penerokaan dengan pencerapan sampel air dan  soal selidik. Penilaian kualiti air melibatkan air telaga, air banjir dan air hujan berdasarkan  Indeks Kualiti Air yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Parameter yang digunakan adalah  oksigen terlarut, keperluan oksigen biokimia, keperluan oksigen kimia, ammonia nitrogen, pepejal  terampai, pH, kekeruhan, nitrat, ferum, magnesium, kalsium, kuprum dan bakteria Escherichia Coli.  Sampel air dikutip dua kali iaitu bulan Disember 2016 hingga Januari 2017 dan Mei hingga Jun 2017.  Seramai 300 orang responden dipilih melalui kaedah pensampelan rawak daripada ketua isi rumah  penduduk terlibat banjir. Analisis pemetaan iaitu data query, locational dan proximity analysis,  map overlay.....
Thesis Published 2018 4187 hits Available
2
Abstract
Penuaian air hujan merupakan proses pengumpulan, penyimpanan dan penggunaan air hujan untuk kegunaan domestik. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kesedaran terhadap Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) dalam kalangan komuniti Tanjong Malim, Perak. Kajian ini menggunakan borang kaji selidik yang berfokus pada aspek empat pemboleh ubah iaitu pengetahuan, sikap, tingkah laku jimat air terawat dan tingkah laku penuaian air hujan dalam kalangan komuniti Tanjong Malim, Perak. Seramai 500 orang komuniti Tanjong Malim telah dipilih secara rawak. Analisis kajian yang digunakan adalah deskriptif (frekuensi dan min) dan analisis inferensi (korelasi Pearson dan regresi berganda). Hasil analisis menunjukkan pengetahuan komuniti terhadap sistem penuaian air hujan, sikap komuniti terhadap sistem penuaian air hujan mempunyai nilai min yang tinggi manakala tingkah laku penuaian air hujan berada pada tahap sederhana. Hasil analisis korelasi menunjukkan bahawa wujud kekuatan yang rendah dan lemah antara.....
Article Published 2016 2152 hits Available
3
Abstract
Artikel ini akan membincangkan tentang kepekatan logam berat dalam tasik rekreasi yang melibatkan sentuhan secara langsung antara air dengan manusia. Ia melibatkan tujuh unsur logam berat iaitu zink, ferum, kadmium, magnesium, merkuri, plumbum dan kuprum. Kajian ini melibatkan sampel air dari 22 stesen kajian bagi empat buah kolam di Taman Tasik Taiping. Data primer telah digunakan iaitu melibatkan pencerapan sampel air di lapangan. Data primer kepekatan unsur logam diperoleh dengan pengambilan sampel air yang dibawa ke dalam makmal untuk ujian dalam makmal. Penilaian tahap kepekatan logam berat adalah berdasarkan pengelasan Indeks Kualiti Air daripada Jabatan Alam Sekitar dan Standard Kualiti Air Minum daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Secara keseluruhan, hasil pengujian menunjukkan nilai kepekatan logam berat masih di bawah standard yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar kecuali plumbum. Terdapat juga nilai kepekatan logam berat yang meleb.....
Article Published 2016 4305 hits Available
4
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai pengurusan sistem bekalan air di Kelantan dengan membandingkan situasi realiti pengurusan sistem bekalan air dalam aspek kualiti, kuantiti dan mutu perkhidmatan bekalan air dengan persepsi yang dilontarkan oleh pihak media, rakyat Kelantan dan pengguna Air Kelantan Sendiri Berhad. Kajian ini menggunakan kajian gabungan yang melibatkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kaedah analisis kuantitatif yang telah digunakan adalah peratusan, pola perubahan, min, sisihan piawai, persentil, analisis Z statistik dan analisis X2, manakala kaedah analisis kualitatif yang telah digunakan adalah analisis kandungan dan analisis perbandingan. Hasil analisis menunjukkan kualiti bekalan air di Kelantan adalah setaraf dengan negeri-negeri lain bagi semua parameter kecuali kekeruhan; kuantiti bekalan air adalah mencukupi dan mutu perkhidmatan bekalan air adalah baik. Elemen persepsi pihak media, rakyat Kelantan dan pengguna mengandungi empat kategori iaitu bekalan air ad.....
Thesis Published 2015 2190 hits Available
First Prev
Page 1 of 2

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.