UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 2
Simplified search suggestions : Laura Seman
12020
Article
Imej arketaip dalam puisi Sabak
Laura Seman
Puisi rakyat Iban dikenali sebagai Leka Main dan dikategorikan kepada tiga jenis, iaitu Leka Main Invokasyen (Invokasi), Leka Main Adat Basa (Adat) dan Leka Main Pemerindang (Hiburan). Puisi sabak tergolong dalam puisi invokasi.  Puisi sabak sangat unik dan memiliki pelbagai imej arketaip. Kertas ini fokus kepada imej arketaip yang terdapat dalam teks sabak. Masyarakat Iban khasnya generasi muda kurang jelas tentang maksud setiap perkataan atau imej yang digunakan dalam puisi sabak.  Imej arketaip ini dianalisis daripada teks puisi sabak daripada buku Sabak oleh Robert Menua Salleh di samping temu bual bersama responden yang terlibat iaitu tukang  sabak. Teori arketaip oleh Carl Jung digunakan dalam kajian ini dengan melihat kepada imej arketaip dalam puisi sabak. Kajian kualitatif digunakan iaitu dengan analisis sebahagian buku Sabak dan temu bual.  Hasil dapatan dalam analisis teks sabak dan temu bual mendapati penggunaan objek dalam puisi sabak seperti besi, tabak yang beris.....

1585 hits

22021
Thesis
Analisis penggunaan unsur simbolisme dalam puisi Sabak
Laura Seman
Setiap kaum mempunyai keunikan dan daya tarikannya tersendiri. Bagi kaum Iban pula, mereka mempunyai banyak puisi yang unik dan penuh dengan kesenian. Puisi dalam masyarakat Iban disebut sebagai leka main dan dipecahkan kepada tiga kategori utama, iaitu leka main pemerindang (puisi hiburan), leka main adat basa (puisi adat) dan leka main invokasyen (puisi invokasi). Sabak tergolong dalam puisi invokasi. Namun, ramai yang tidak memahami unsur simbolisme yang digunakan dalam sabak. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis unsur simbolisme yang terdapat dalam teks sabak upacara ritual kematian kaum Iban suatu ketika dahulu sehingga pada hari ini. Imej arketaip yang terdapat dalam puisi sabak turut di kaji. Kajian ini juga turut melihat simbol yang melambangkan emosi dalam puisi sabak. Kajian ini menggunakan kajian kepustakaan, iaitu menganalisis sebahagian buku ‘sabak’ dari muka surat 1 hingga 7 dan juga kajian lapangan, iaitu temu bual dengan tukang sabak. Dua teori utama.....

1293 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.