UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

9 record(s) found

1
Abstract
Ahmad Boestamam merupakan antara tokoh nasionalisme Malaya terawal yang terkehadapan dalam menyuarakan hak nasionalisme dalam kalangan orang Melayu. Beliau berusaha mengajak orang Melayu bangkit memperjuangkan hak pusaka bumi. Orang Melayu merupakan pribumi asal Tanah Melayu seharusnya berani memperjuangkan tuntutan demokrasi dan kemerdekaan Malaya. Melihat kepada senario politik dan ekonomi waktu itu orang Melayu sudah mula ketinggalan dalam semua aspek kehidupan. Lantaran itu, Ahmad Boestamam berusaha menyedarkan bangsanya. Justeru itu, makalah ini memaparkan peranan dan sumbangan beliau dalam usaha membangkitkan kesedaran orang Melayu dalam memperjuangkan hak pusaka son of the soil. Dengan merujuk kepada sumber primer dan sekunder makalah ini memaparkan peranan Ahmad Boestamam sebagai nasionalis Malaya...
Article Published 2016 5752 hits Available
3
Abstract
Kajian  ini  dijalankan  untuk  menguji  keberkesanan  pelaksanaan  Modul  Jahitan  Asas Flip  Card   (M-JsasFC)  dalam  pembelajaran  Pendidikan  Asas  Vokasional  (PAV) tingkatan satu di sekolah  menengah kebangsaan. M-JsasFC dibangunkan menggunakan Model Russell dan Model Dick dan Carey  berdasarkan Teori Konstruktivisme, Teori Beban  Kognitif  dan  Model  Penilaian  Kirkpatrick.   M-JsasFC  terdiri  daripada  bahan bercetak flip card dan bahan multimedia berkaitan jahitan asas.  Kajian ini menggunakan reka  bentuk  kuasi  eksperimen  ujian  pra  dan  ujian  pos.  Kaedah   pensampelan  rawak kluster digunakan bagi pemilihan sampel di zon utara dan zon timur. Responden  kajian terdiri  daripada  60  orang  murid  kumpulan  rawatan  dan  60  orang  murid  kumpulan  kawalan.  Proses  pembelajaran  dan  pengajaran  kumpulan  rawatan  menggunakan  M- JsasFC   manakala  kumpulan  kawalan  menggunakan  modul  s.....
Thesis Published 2018 3146 hits Available
4
Abstract
Puisi rakyat Iban dikenali sebagai Leka Main dan dikategorikan kepada tiga jenis, iaitu Leka Main Invokasyen (Invokasi), Leka Main Adat Basa (Adat) dan Leka Main Pemerindang (Hiburan). Puisi sabak tergolong dalam puisi invokasi.  Puisi sabak sangat unik dan memiliki pelbagai imej arketaip. Kertas ini fokus kepada imej arketaip yang terdapat dalam teks sabak. Masyarakat Iban khasnya generasi muda kurang jelas tentang maksud setiap perkataan atau imej yang digunakan dalam puisi sabak.  Imej arketaip ini dianalisis daripada teks puisi sabak daripada buku Sabak oleh Robert Menua Salleh di samping temu bual bersama responden yang terlibat iaitu tukang  sabak. Teori arketaip oleh Carl Jung digunakan dalam kajian ini dengan melihat kepada imej arketaip dalam puisi sabak. Kajian kualitatif digunakan iaitu dengan analisis sebahagian buku Sabak dan temu bual.  Hasil dapatan dalam analisis teks sabak dan temu bual mendapati penggunaan objek dalam puisi sabak seperti besi, tabak yang beris.....
Article Published 2020 2268 hits Available
5
Abstract
Setiap kaum mempunyai keunikan dan daya tarikannya tersendiri. Bagi kaum Iban pula, mereka mempunyai banyak puisi yang unik dan penuh dengan kesenian. Puisi dalam masyarakat Iban disebut sebagai leka main dan dipecahkan kepada tiga kategori utama, iaitu leka main pemerindang (puisi hiburan), leka main adat basa (puisi adat) dan leka main invokasyen (puisi invokasi). Sabak tergolong dalam puisi invokasi. Namun, ramai yang tidak memahami unsur simbolisme yang digunakan dalam sabak. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis unsur simbolisme yang terdapat dalam teks sabak upacara ritual kematian kaum Iban suatu ketika dahulu sehingga pada hari ini. Imej arketaip yang terdapat dalam puisi sabak turut di kaji. Kajian ini juga turut melihat simbol yang melambangkan emosi dalam puisi sabak. Kajian ini menggunakan kajian kepustakaan, iaitu menganalisis sebahagian buku ‘sabak’ dari muka surat 1 hingga 7 dan juga kajian lapangan, iaitu temu bual dengan tukang sabak. Dua teori utama.....
Thesis Published 2021 2342 hits Available
6
Abstract
Kajian pengajaran dan pembelajaran bersepadu PSV bertujuan untuk mengenal pasti kesesuaian pendekatan integrasi, menjalankan kaedah pembelajaran bersepadu dan menghasilkan sebuah model pembelajaran bersepadu yang bersesuaian dalam Pendidikan Seni Visual Kurikulum Standard Sekolah Menengah berasaskan Theatre Games. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan reka bentuk kajian kes sebagai metodologi kajian yang dilaksanakan iaitu pemerhatian, temu bual dan kajian perpustakaan serta bengkel PdP bersepadu PSV. Seramai 5 orang ahli akademik dipilih menjadi informan dan 3 buah sekolah dipilih sebagai sampel kajian. Hasil dapatan kajian yang diperoleh mendapati model pembelajaran yang digunakan dapat meningkatkan kreativiti dan penerimaan murid dalam PdPc bersesuaian dengan Pembelajaran Abad ke-21(PAK21). Model pembelajaran dan pemudahcaraan berfokus pada Bidang Bahasa Seni Visual yang menumpukan tajuk unsur seni dalam DSKP KSSM Tingkatan 1 Pendidikan seni Visual. Theatre Gam.....
Thesis Published 2020 2110 hits Available
7
Abstract
Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) mempunyai cabarannya yang tersendiri dan perlu diberi penekanan dalam kurikulum kerana ia merupakan salah satu kemahiran abad ke-21. KBAT adalah antara enam ciri utama murid yang menjadi aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk berjaya di peringkat global. Oleh yang demikian, murid dapat meningkatkan kemahiran kognitif dengan peluang dan ruang yang diberi untuk menyampaikan idea/pandangan menggunakan kaedah yang lebih kreatif dan tidak hanya menghafal seperti kaedah konvensional. Justeru, proses pembelajaran Sains bukanlah berlaku secara hafalan semata-mata, sebaliknya memerlukan pengaplikasian KBAT. Oleh itu, menerusi Kaedah Kompas murid-murid berpeluang menjana dan mengembangkan pemikiran bagi mengupayakan mereka membuat pemikiran kelihatan dan seterusnya membolehkan mereka memahami, menganalisis dan menguasai masalah/isu berunsur KBAT dalam menilai dan membuat keputusan untuk mendapatkan penyelesaian terbaik. Kajian kuasi-.....
Article Published 2022 611 hits Available
8
Abstract
Kertas kerja ini membincangkan Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan (ABP) Murid yang menjadi tunjang utama pegangan pendidik awal kanak-kanak di prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti yang disarankan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2010; 2017). Fokus utama kajian ini adalah untuk meneroka, meneliti dan memahami secara mendalam bagaimana implementasi Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan (ABP) Murid dilaksanakan menerusi proses persediaan dan pengajaran di kelas prasekolah KPM. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kualitatif berbentuk kajian kes. Data kajian diperoleh menerusi teknik temu bual, pemerhatian pengajaran, dan analisis dokumen. Transkripsi temu bual dianalisis dengan menggunakan perisian Atlas.ti versi 8 bagi membantu dan mengemaskinikan data serta tema-tema yang muncul. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendidik awal kanak-kanak di kelas prasekolah KPM mempunyai kefahaman dan implementasi ABP yang baik ketika proses persediaan dan pengaj.....
Article Published 2022 1739 hits Available
9
Abstract
Kajian ini bertujuan menentukan pengaruh tanggapan sokongan penyelia dan tanggapan sokongan organisasi terhadap tingkah laku kewarganegaraan organisasi, dan pengaruh tanggapan sokongan organisasi sebagai pengantara dalam hubungan antara tanggapan sokongan penyelia dan tingkah laku kewarganegaraan organisasi dalam perkhidmatan polis bantuan di Universiti Malaya. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Seramai 131 orang polis bantuan di Universiti Malaya telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan keseluruhan set data populasi. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferens. Analisis deskriptif digunakan untuk meringkaskan profil responden, manakala analisis regresi berbilang dan PROCESS Macro Model 4 untuk menguji hipotesis-hipotesis yang dicadangkan. Dapatan pengaruh langsung menunjukkan bahawa tanggapan sokongan penyelia mempunyai pengaruh yang signifikan ke .....
Thesis Published 2024 168 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.