AbstractTujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sama ada penggunaan perisian komputer dalam pendidikan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran pendidikan muzik. Di samping itu, kajian ini juga berfungsi meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari muzik. Data mengenai kajian ini dikumpul melalui ujian pos. Di samping itu, satu set soal selidik digunakan dalam mengenalpasti sama ada perisian itu memberi kesan positif dari aspek pembelajaran, minat dan motivasi pelajar. Empat puluh orang pelajar Tingkatan 1 dari SMK Khir Johari, Tanjong Malim, Perak telah dipilih secara rambang sebagai responden kajian. Pembelajaran menggunakan perisian komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik kepada pelajar-pelajar sekolah menengah merupakan konsep baru. Kaedah pengajaran ini melibatkan pembelajaran nama-nama not menggunakan kibod. Objektif-objektif kaedah ini adalah untuk membolehkan pelajar pelajar mempe.....