Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti hubungan antara peranan pemimpin pembelajaran profesional berasaskan sekolah dan model-model pembelajaran profesional dengan amalan guru. Kajian ini telah dijalankan di 41 buah sekolah menengah harian di Malaysia manakala maklumat diperoleh melalui soal selidik yang diedarkan kepada 372 orang guru yang dipilih melalui pensampelan kelompok pelbagai peringkat. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferens iaitu analisis ANOVA, korelasi, regresi dan model persamaan struktural. Kajian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan dalam model-model pembelajaran profesional dan amalan guru berdasarkan elemen demografi kecuali pengalaman mengajar. Kajian menunjukkan terdapat perhubungan berstruktur yang signifikan antara peranan pemimpin pembelajaran profesional, model-model pembelajaran profesional dan amalan guru. Analisis model persamaan struktural untuk mengukur kesepadanan model.....