AbstractKajian yang dijalankan ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kraf Batik_ Tradisional Tingkatan Empat sekolah menengah harian di Daerah Kuala Selangor._ Di samping kajian dapat juga melihat apakah tahap penguasaan dan pemahaman_ responden dalam seni kraf batik. Kajian ini adalah kajian tinjauan yang menggunakan tiga set_ instrument berupa borang soal selidik, Ujian Teori Kraf Batik, dan soalan temu bual pelajar._ Pendidikan yang berkesan datangnya dari disiplin yang kukuh yang ditimba dari budaya bangsa yang_ tinggi martabatnya. Keberkesanannya pula adalah tertakluk kepada penghayatan serta perlaksanaannya_ terhadap masyarakat. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan pengajaran dan_ pembelajaran kraf batik di dalam kelas. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah di Daerah Kuala_ Selangor iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram, Kuala Selangor, khususnya di kalangan pelajar__ pelajar Tingkatan Empat Budi. Soal selidik dan temu bual antara .....