AbstractKajian ini bertujuan mengenal pasti riwayat hidup dan keperibadian Nabi Sulaiman
berdasarkan al-Quran dan Sunnah, selain menganalisis aspek-aspek Israilliyyat kisah Nabi Sulaiman
dan metodologi pentafsiran yang terdapat dalam kitab Tafsir Ibn Jarir al-Tabari Jami’ Al-Bayan ‘An
Ta’wil Ayi Al-Quran. Reka bentuk kajian ini menggunakan analisis dokumen dengan pendekatan
kepustakaan terhadap 365 riwayat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Nabi Sulaiman memiliki nilai
murni yang membentuk keperibadian yang cemerlang, kebijaksanaan, kepimpinan, keprihatinan Nabi
Sulaiman kepada rakyat, keadilan terhadap musuh, serta sentiasa bersedia menghadapi ujian dan
menjadikan doa sebagai tanda kebergantungan baginda kepada Allah SWT. Manakala Israilliyyat dalam
tafsiran kisah Nabi Sulaiman dikenalpasti melalui aspek Israilliyyat dalam penamaan sesuatu,
penamaan tempat, memperincikan sesuatu bilangan, memperincikan sesebuah kisah, penambahan kisah,
yang melampaui keperiba.....