|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 2 |
| Simplified search suggestions : Asliza Tan Zalilah |
| 1 | 2018 Article | Penjelasan identiti asas pengaturcaraan dan perubahan konseptual melalui adegan permainan May Asliza Tan Zalilah Pembelajaran melalui adegan permainan adalah satu pendekatan pembelajaran berasaskan permainan. Proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan adegan permainan lebih menarik dan berkesan kerana pendekatan ini seolah-olah hidup dengan aktiviti permainan yang disediakan. Pelajar akan mengalami sendiri dunia penceritaan permainan yang dilaksanakan. Artikel ini mengupas penjelasan identiti asas pengaturcaraan dan perubahan konseptual melalui adegan permainan dengan menilai motivasi dan pengalaman pelajar. Seramai 55 responden terdiri daripada pelajar Semester 3 bagi program Sijil Aplikasi Perisian Komputer (SAPK) di Kolej Komuniti. Motivasi dan pengalaman pelajar diukur dengan merujuk instrumen IMI (intrinsic motivation inventory). Dapatan kajian dianalisis berpandukan statistik ujian-T dan deskriptif untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science. Hasil kajian menunjukkan pelajar bersetuju bahawa penggunaan adegan permainan dal..... 502 hits |
| 2 | 2019 Thesis | Kesan intervensi permainan digital bagi mengukur emosi, minat dan kefahaman konsep asas pengaturcaraan dalam kalangan pelajar kolej komuniti May Asliza Tan Zalilah Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kesan intervensi permainan digital bagi
mengukur emosi, minat dan kefahaman konsep asas pengaturcaraan dalam kalangan pelajar. Reka bentuk
dan pembangunan permainan digital yang dinamakan MAFKA1 menggunakan Model Reka Bentuk Permainan
(IPO) dan Kerangka Mekanik, Dinamik dan Estetika (MDA). Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk
eksperimen benar melibatkan kaedah ujian pra-pasca dan perbandingan relatif pasca-pra telah
digunakan dalam kajian ini. Pemilihan sampel kajian dijalankan secara pensampelan rawak berkelompok
melibatkan 150 orang pelajar program Sijil Aplikasi Perisian Komputer (SAPK) dari kolej komuniti
mengikut tiga zon semenanjung Malaysia. Subjek kajian terdiri daripada kumpulan KG, kumpulan KV dan
kumpulan KVG. Analisis data berpandukan statistik ujian-t, ujian MANOVA dan analisis regresi
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS v.22). Dapatan kajian melalui
uji..... 2617 hits |