UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 5
Simplified search suggestions : Mohamad Albaree Abdul
12019
article
Perkembangan emosi kanak-kanak menggunakan kaedah pengajaran berasaskan aktiviti Muzik
Mohamad Albaree Abdul
Kanak-kanak sering berhadapan dengan masalah untuk mengurus dan mengawal emosi dengan baik. Isu ini kurang mendapat perhatian dalam kalangan orang dewasa yang menyebabkan kanak-kanak sering menunjukkan tingkah laku tidak terkawal, tekanan, dan kemurungan. Melalui pengajaran berasaskan aktiviti muzik, emosi kanak-kanak dapat dibentuk dengan baik. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti perkembangan emosi kanak-kanak menggunakan kaedah pengajaran berasaskan aktiviti muzik di sebuah tadika di Puncak Alam, Selangor. Reka bentuk kajian ini adalah penyelidikan secara kualitatif yang berbentuk kajian kes. Sampel kajian melibatkan enam orang kanak-kanak yang terdiri daripada tiga orang kanak-kanak lelaki dan tiga orang kanakkanak perempuan yang berumur lima tahun, dan seorang guru tadika. Instrumen kajian ialah borang senarai semak untuk mengenal pasti perkembangan emosi kanak-kanak sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan aktiviti pengajaran muzik, dan soalan temu bual untuk menda.....

470 hits

22022
thesis
Pembangunan model pembelajaran kemahiran sosial berasaskan nilai-nilai kerohanian untuk kanak-kanak tadika
Mohamad Albaree Abdul
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah model pembelajaran kemahiran sosial berasaskan nilai-nilai kerohanian untuk kanak-kanak tadika. Pembinaan model ini adalah berdasarkan pendekatan Rekabentuk dan Pembangunan (Design and Development Research, DDR). Berpandukan pendekatan DDR, kajian ini terbahagi kepada tiga fasa utama. Fasa I adalah Fasa analisis keperluan yang menggunakan satu set borang soal selidik yang melibatkan 120 orang guru tadika. Data maklum balas yang diperolehi telah dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26.0 untuk melihat peratusan, skor min, dan juga sisihan piawai. Bagi Fasa II pula adalah Fasa rekabentuk dan pembangunan model yang melibatkan sekumpulan panel pakar pembangunan yang terdiri daripada 9 orang. Terdapat dua subfasa dalam fasa ini iaitu fasa rekabentuk yang menggunakan pendekatan Nominal Group Technique (NGT), dan fasa pembangunan yang menggunakan pendekatan Interpretive Structural Modelling (I.....

461 hits

32022
article
Pandangan Guru Tadika terhadap Aspek Kemahiran Sosial dalam Kalangan Kanak-kanak: Satu Analisis Keperluan
Mohamad Albaree Abdul
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan guru tadika terhadap aspek kemahiran sosial dalam kalangan kanak-kanak. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan seramai 120 orang guru tadika di sekitar negeri Selangor. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah satu set borang soal selidik bagi menjawab objektif kajian berdasarkan dapatan kekerapan, peratusan, skor min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati pandangan guru tadika terhadap kepentingan perkembangan kemahiran sosial untuk kanak-kanak menunjukkan bahawa purata keseluruhan item mencatatkan skor min 4.70 dan sisihan piawai 0.504. Ini memberi gambaran bahawa hampir keseluruhan 120 orang responden memilih sangat setuju dan menyokong tentang kepentingan perkembangan kemahiran sosial dalam kalangan kanak-kanak. Manakala, bagi hasil kajian berkenaan pandangan guru tadika terhadap tahap kemahiran sosial kanak-kanak dari aspek interaksi sosial, komunikasi, kerjasama dalam berpasukan, dan kemahiran .....

154 hits

42023
article
Pengaruh persekitaran pembelajaran dalam meningkatkan perkembangan emosi kanak-kanak Tadika satu kajian kes
Mohamad Albaree Abdul
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh persekitaran pembelajaran dalam meningkatkan perkembangan emosi kanak-kanak. Kajian ini berbentuk kajian kes yang melibatkan seramai empat orang sampel kanak-kanak berusia enam tahun yang terdiri daripada tiga orang kanak-kanak lelaki dan satu orang kanak-kanak perempuan, dan seorang guru tadika yang telah dilaksanakan di sebuah tadika di sekitar Alam Jaya, Selangor. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah pemerhatian berpandukan instrumen borang senarai semak yang telah diadaptasi dan kaedah temu bual untuk mendapatkan pandangan guru. Hasil dapatan objektif kajian 1 menunjukkan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak dilihat menunjukkan perubahan yang sangat ketara iaitu berada pada tahap yang positif selepas melibatkan diri dalam persekitaran pembelajaran. Hal ini menggambarkan bahawa aspek persekitaran pembelajaran memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk perkembangan emosi kanak-kanak. Manakala, hasil dapa.....

40 hits

52023
article
Pengaruh persekitaran pembelajaran dalam meningkatkan perkembangan emosi kanak-kanak tadika: satu kajian kes
Mohamad Albaree Abdul
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh persekitaran pembelajaran dalam meningkatkan perkembangan emosi kanak-kanak. Kajian ini berbentuk kajian kes yang melibatkan seramai empat orang sampel kanak-kanak berusia enam tahun yang terdiri daripada tiga orang kanak-kanak lelaki dan satu orang kanak-kanak perempuan, dan seorang guru tadika yang telah dilaksanakan di sebuah tadika di sekitar Alam Jaya, Selangor. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah pemerhatian berpandukan instrumen borang senarai semak yang telah diadaptasi dan kaedah temu bual untuk mendapatkan pandangan guru. Hasil dapatan objektif kajian 1 menunjukkan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak dilihat menunjukkan perubahan yang sangat ketara iaitu berada pada tahap yang positif selepas melibatkan diri dalam persekitaran pembelajaran. Hal ini menggambarkan bahawa aspek persekitaran pembelajaran memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk perkembangan emosi kanak-kanak. Manakala, hasil dapa.....

2 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.