UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 4 |
Simplified search suggestions : Mohamad Asrol Arpidi Mamat |
1 | 2015 thesis | Penilaian kepemimpinan pentadbiran Tun Abdul Razak 1969-1970 terhadap pemulihan keamanan negara Mohamad Asrol Arpidi Mamat Kajian ini bertujuan untuk melihat strategi dan peranan Tun Abdul Razak dalam menangani rusuhan dan pembinaan perpaduan antara kaum. Kaedah kajian yang dilakukan adalah bersifat kualitatif dan kronologi yang mana ianya bersifat subjektif, sumber maklumat yang diperolehi diambil daripada sumber berbentuk primer dan sekunder. Hasil kajian menunjukkan bahawa Tun Abdul Razak menggunakan pendekatan bijak menerusi strategi jangka pendek dan strategi jangka panjang dalam proses pemulihan keamanan dan perpaduan antara kaum. Di samping menggunakan beberapa strategi bagi mengendalikan rusuhan, Tun Abdul Razak juga bertindak menubuhkan kementerian, jabatan dan majlis dalam perkhidmatan awam serta membentuk dasar awam dan rancangan Malaysia yang berfungsi untuk memupuk perpaduan dan mengstruktur semula ekonomi antara kaum. Tun Abdul Razak berjaya membawa keamanan dan perpaduan antara kaum di negara ini menerusi strategi dan peranan yang digunakan dalam pentadbiran beliau. Kejayaan dan perubahan po..... 2559 hits |
2 | 2014 article | Impak Dasar Ekonomi Baru ke atas peningkatan ekonomi Bumiputera selepas tragedi 13 Mei 1969 Mamat Mohamad Asrol Arpidi, Saat Ishak, Ariffin Khairi, Artikel ini memaparkan impak ekonomi kaum Bumiputera kesan daripada pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB dilaksanakan sepenuhnya melalui Rancangan Malaysia Kedua yang bermula pada tahun 1971 ekoran tragedi 13 Mei 1969. DEB dirangka bagi mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara golongan Bumiputera dan bukan Bumiputera. Melalui DEB pihak kerajaan memainkan peranan yang lebih aktif dalam menyertai lapangan ekonomi secara langsung bagi mewujudkan keseimbangan di antara golongan yang berada dan golongan yang tidak berada. DEB dilancarkan sebagai sebahagian daripada strategi menyeluruh Tun Abdul Razak bagi membina semangat perpaduan antara kaum di negara ini dan meningkatkan ekonomi kaum Bumiputera ke tahap yang lebih tinggi agar tidak ketinggalan dengan kaum lain... 1771 hits |
3 | 2020 article | Isu dan krisis Perlembagaan Persekutuan 1988 Mohamad Asrol Arpidi Mamat Artikel ini bertujuan untuk melihat isu dan krisis Perlembagaan Persekutuan serta implikasinya terhadap badan kehakiman, Yang Di-Pertuan Agong, Majlis Raja-Raja, perundangan, agama Islam dan gerakan Islam di negara ini dalam krisis Perlembagaan Persekutuan 1988. Krisis Perlembagaan Persekutuan 1988 membawa kepada pengharaman parti UMNO, konflik antara eksekutif dan badan kehakiman dan pindaan perlembagaan bagi mengurangkan bidang kuasa badan kehakiman. Hasil kajian menunjukkan bahawa konflik yang berlaku pada tahun tersebut menyebabkan tercetusnya krisis Perlembagaan Persekutuan 1988 yang akhirnya membawa kepada perluasan kuasa Perdana Menteri. Selain itu, terdapat juga faktor lain yang turut menyumbang kepada tercetusnya konflik dan krisis antaranya adalah kekalahan kes yang melibatkan pihak eksekutif dan kerajaan dalam mahkamah. Atas faktor ini, Perdana Menteri menyifatkan hakim sebagai tidak memihak kepada kerajaan atau anti-kerajaan. Krisis ini juga membawa kepada penggantungan per..... 1404 hits |
4 | 2020 thesis | Kesan pentadbiran Tun Dr. Mahathir terhadap sistem kehakiman Malaysia 1981-1989 Mohamad Asrol Arpidi Mamat Kajian ini bertujuan untuk menilai campur tangan dan perluasan kuasa Tun Dr. Mahathir (eksekutif) terhadap bidang kuasa badan kehakiman terutama sepanjang berlakunya krisis perlembagaan pada tahun 1988. Krisis tersebut juga menyaksikan perluasan kuasa eksekutif terhadap badan kehakiman serta penggantungan dan pemecatan Ketua Hakim Negara dan hakim Mahkamah Agung. Krisis 1988 dianggap klimaks terhadap campur tangan eksekutif terhadap bidang kuasa badan kehakiman. Ramai berpendapat bahawa penyingkiran Ketua Hakim Negara (Tun Salleh Abas) adalah merupakan titik tolak di mana badan kehakiman di negara ini mula kehilangan kuasa dan kebebasannya. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif dan kronologi yang mana ianya bersifat subjektif, sumber maklumat kajian ini diperoleh dan diambil daripada sumber berbentuk primer dan sekunder. Data dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan sumber daripada dokumen daripada Arkib Negara Malaysia, perpustakaan, laporan peristiwa, ucapan tok..... 211 hits |