AbstractProgram Pendidikan Khas masa kini menawarkan peluang pendidikan agama kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK). Kepentingan pengajian Al-Quran terutamanya dalam Al-Quran Braille dalam kalangan pelajar pendidikan khas yang mengalami Masalah Penglihatan sering diabaikan. Fokus disini adalah dalam konteks pembelajaran Al-Quran Braille kepada MBK Masalah Penglihatan. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti tahap kebolehan MBK dalam pembelajaran Al-Quran Braille. Oleh itu, kajian ini akan menerangkan kepentingan pendekatan pengajaran menggunakan teknologi bantuan masa kini kepada murid MBK Masalah Penglihatan terutamanya dalam pembelajaran Al-Quran Braille. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti peranan penggunaan teknologi bantuan terkini dalam meningkatkan tahap pencapaian pembelajaran Al-Quran Braille. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kuantitatif dengan menggunakan instrumen pengesanan untuk memungut data dan menilai tahap kebolehan MBK dalam pembelajaran Al-Quran Brai.....