UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Mohamad Harkimi Md Isa |
1 | 2019 Thesis | Kesan modul latihan ubahsuaian berasas teaching games for understanding (TGFU) dalam permainan bola sepak Mohamad Harkimi Md Isa Kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan Modul Latihan Ubahsuaian berasaskan
Teaching Games for Understanding (TGfU) dalam permainan bola sepak. Modul
tersebut bertujuan menilai tahap pemain semasa latihan dan pertandingan. Reka bentuk
kajian ini adalah kuasi-eksperimen pra dan pasca ujian bagi kumpulan seimbang.
Persampelan rawak berstrata digunakan untuk memilih seramai 30 orang pemain bola
sepak bawah 15 tahun dan dua orang jurulatih dari dua buah sekolah menengah daerah
Kinta Utara. Kajian ini menggunakan instrumen senarai semak pemerhatian, modul
latihan ubahsuaian berasaskan TGfU, soal selidik penilaian kendiri pemain dan soal
selidik maklum balas modul. Hasil kajian mendapati tahap pencapaian pemain dalam
strategi menyerang dan strategi bertahan serta rumusan keseluruhan permainan
menunjukkan tahap yang sangat baik (M=209.33, SD=4.28). Hasil analisis Ujian-t
tidak bersandar menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan iaitu [t (25.31) = 28;
P .. 1303 hits |