UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Mohamad Mojahid A Latif |
1 | 2015 thesis | Analisis adverba bahasa Melayu dalam struktur penerang dan keterangan berdasarkan data korpus berkomputer Mohamad Mojahid A. Latif Kajian ini bertujuan untuk menganalisis data korpus berkomputer yang berfokuskan penyelidikan berkaitan golongan kata adverba dengan penumpuan kepada aspek penerang dan keterangan. Dalam reka bentuk kajian, disertasi ini menggunakan pendekatan data korpus berkomputer yang dibangunkan melalui perisian Antconc 3.2 berdasarkan tiga buah novel yang digunakan dalam bahan Komponen Kesusateraan Melayu (KOMSAS), iaitu novel Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah, Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan dan Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir. Data ini kemudiannya dikeluarkan dalam bentuk baris-baris konkordans dan daripada baris konkordans ini, kehadiran kata adverba dalam bentuk sintaktik dianalisis secara manual. Dalam konteks ini, pengkaji melihat keperluan untuk meneliti golongan kata ini berdasarkan teori berasaskan struktural kerana golongan kata ini hanya dapat ditentukan apabila sudah berada dalam strukturnya. Oleh itu, pendekatan yang digunakan oleh Knowles dan Zura..... 1217 hits |