AbstractKajian ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis keunggulan kepengarangan novel Naratif
Ogonshoto dan novel Penyeberang Sempadan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif
dengan kaedah kepustakaan yang dianalisis secara deskriptif. Asas dan dasar kajian ini
dianalisis melalui empat prinsip teori Teksdealisme iaitu prinsip kehadiran, prinsip
pelanggaran, prinsip pengukuhan dan prinsip individualisme. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa,
keunggulan Anwar Ridhwan dalam prinsip kehadiran teori Teksdealisme telah berjaya
menghadirkan pengalaman melalui pengembaraan, pengalaman perkhidmatan, kehidupan masyarakat
dan penyelidikan yang dilakukan. Begitu juga prinsip pelanggaran yang membolehkan Anwar Rihdwan
berani mengemukakan pelanggaran tema dan persoalan, pelanggaran dari segi watak dan perwatakan
serta pelanggaran nilai kemanusiaan yang memberi pembaharuan idea dalam kepengarangan.Â.....