AbstractMakalah ini membincangkan mengenai keterangan lisan sebagai sumber sejarah yang penting dalam meneliti sejarah konflik Melayu-Cina yang tercetus selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Umum mengetahui bahawa masyarakat Melayu terkenal dan kaya dengan peradaban serta tradisi lisan yang sudah sebati dan diwarisi sejak turun-temurun. Malaysia telah melewati evolusi sejarah bermula dengan penjajahan kuasa luar sehingga negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pelbagai dimensi baharu dan penting perlu digarap serta diteliti bagi mendapatkan penceritaan saksi proto dan maklumat yang sahih. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan kezaliman komunis telah menimbulkan impak keruncingan hubungan kaum di antara orang Melayu dan Cina. Hal yang demikian diterjemahkan dalam bentuk pergaduhan. Dalam usaha meneliti kesemua peristiwa tersebut, masih kedapatan ruang kosong yang boleh ditampung dengan penggunaan keterangan lisan. Penggunaan keterangan lisan memberikan cabaran yang tersendiri dalam me.....