|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Mohammad Hamdan Abdul Ghani |
| 1 | 2021 Thesis | Penglibatan pelajar dalam aktiviti keagamaan dan hubungannya dengan penghayatan akhlak dikalangan pelajar Politeknik Johor Mohammad Hamdan Abdul Ghani Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menentukan hubungan antara aktiviti keagamaan dengan
penghayatan akhlak pelajar politeknik di negeri Johor. Sampel bagi kajian ini terdiri dari 457 orang
pelajar daripada empat buah Politeknik di Negeri Johor. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif
dengan rekabentuk kajian tinjauan mengenai tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti keagamaan dan
tahap penghayatan akhlak pelajar. Terdapat dua jenis analisis statistik yang digunakan iaitu statistik
deskriptif seperti kekerapan, peratusan min dan statistic inferensi iaitu ujian-t, ANOVA dan korelarasi
Spermen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penglibatan pelajar dalam aktiviti keagamaan berada
ditahap yang tinggi (min = 4.1, sp=0.49) dan penghayatan akhlak pelajar berada ditahap tinggi
(min=4.3, sp=0.49). Ujian perbezaan dalam penglibatan aktiviti pula menunjukkan terdapat perbezaan
di antara penglibatan pelajar mengikut jantina dalam aktiviti keagamaan (P=0.01, p.. 2979 hits |