UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Mohd Al Junaidi Mohamad |
1 | 2012 thesis | Pembinaan dan pengesahan instrumen kemahiran proses sains untuk sekolah menengah atas Mohd Al-Junaidi Mohamad Tujuan kajian ini ialah membina dan mengesahkan ujian aneka pilihan yang dinamakan Basic and Integrated Process Skills (BIPS) Test bagi mengukur penguasaan kemahiran proses sains (KPS) untuk pelajar sekolah menengah atas. Berpandukan indikator-indikator KPS yang terkandung dalam kurikulum sains Malaysia, instrumen BIPS Test dibina dan disahkan untuk mengukur 7 KPS asas dan 5 KPS bersepadu. Kajian ini merupakan kajian tinjauan kuantitatif yang terdiri daripada dua fasa. Fasa pertama ialah pembinaan item aneka pilihan yang mana itemitem ditulis berdasarkan objektif item. Kesahan kandungan, kesahan muka dan keobjektifan jawapan ditentukan secara kualitatif oleh panel pakar. Seterusnya, item item diuji dalam ujian rintis dengan jumlah sampel 104 pelajar tingkatan 4 yang mewakili kumpulan cemerlang, sederhana dan lemah dari sekolah luar bandar dan sekolah bandar. Item-item kemudiannya dianalisis secara kuantitatif bagi menghasilkan instrumen BIPS Test yang mengandungi 60 item. Secara spesif..... 827 hits |