UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

6 record(s) found

Simplified search suggestions : Mohd Azli Yeop
1
Abstract
Penulisan ini akan membincangkan faktor-faktor penerimaan guru terhadap pendekatan Pembelajaran Teradun berdasarkan model-model penerimaan terdahulu yang telah stabil. Faktor-faktor penerimaan guru terhadap pendekatan Pembelajaran Teradun dikenal pasti melalui tinjauan literature dan tinjuan ringkas-temubual semi berstruktur. Tujuan penulisan ini adalah untuk membincangkan secara terperinci pembentukan dan penetapan faktor-faktor penerimaan guru terhadap Pembelajaran Teradun berdasarkan model-model terdahulu bagi persekitaran pembelajaran sekolah-sekolah Malaysia. Hasil penulisan ini diharap dapat memberi gambaran lengkap berkenaan faktor-faktor penerimaan guru dan ianya mampu menjadi panduan kepada pelaksana polisi bagi menjayakan pendekatan Pembelajaran Teradun di Malaysia..
Article Published 2016 9880 hits Available
2
Abstract
Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini. Teknologi ini mempengaruhi cara anak-anak muda bermain, bersosial dan berkomunikasi serta telah memberi impak yang besar di dalam sistem pendidikan. Menyedari keadaan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil langkah proaktif dalam merangka perubahan baru dalam sistem pendidikan selari dengan perkembangan teknologi semasa. Inisiatif baharu bagi memastikan kejayaan konsep pembestarian sekolah ini, KPM telah memperkenalkan satu platform Pembelajaran Teradun yang di kenali sebagai Persekitaran Pembelajaran Maya-Frog (Frog VLE). Sehubungan itu, hampir kesemua sekolah di Malaysia iaitu hampir 10,000 buah sekolah telah dibekalkan dengan kemudahan ICT (Projek 1BestariNet) bagi merealisasikan konsep pembestarian ini. Penulisan ini akan menerangkan pandangan dan pelaksanaan Frog VLE dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dalam kalangan guru...
Article Published 2016 3513 hits Available
3
Abstract
This paper will discuss determining construction, formation of the factors of acceptance and use of the Blended Learning approach among teachers. The determining construction for the teacher’s acceptance and use were identified through literature review and semi-structured interviews. The writing of this paper is to discuss in detail the determining constructs that make up the factors of acceptance and use of Blended Learning approach among teachers based on previous models for the learning environment of schools in Malaysia. The results of this study are expected to give a complete picture regarding constructs that make up the factors of acceptance and use among teachers and improve overall understanding of the individual’s acceptance of the Blended Learning approach. This understanding is also expected to guide implementation policies to create an effective Blended Learning environment for Malaysian education settings...
Article Published 2017 794 hits Limited
4
Abstract
Kajian   ini   bertujuan  untuk   mengenal  pasti   faktor-faktor   yang  mempengaruhi   Niat Tingkah  Laku  (NTL)  dan  Tingkah  Laku  Penggunaan  (TLP)  bagi  membentuk  model konseptual   penerimaan  dan  penggunaan  pendekatan  Pembelajaran  Teradun  (Blended Learning Acceptance and  Use Model- BeLAUM). Kajian juga menilai kesan pemboleh ubah mediator dan pemboleh ubah moderator  terhadap hubungan antara konstruk kajian. Pendekatan reka bentuk kaedah bercampur - penerokaan  berturut (Sequential exploratory -  mixed  methods  research  design)  digunakan  untuk  mencapai  enam  objektif  kajian.  Pembentukan   konstruk   dan   instrumen   kajian   adalah   berdasarkan   tinjauan   literatur  terhadap model-teori penerimaan teknologi terdahulu, hasil analisis temubual kumpulan fokus  serta   penilaian  panel  pakar.  Bagi  pengumpulan  data  utama  kajian,  seramai  851 orang  guru  telah   memb.....
Thesis Published 2018 2511 hits Available
5
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membanding antara pembelajaran yang menggunakan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek Berteraskan Teknologi (PBL+T) dan pembelajaran menggunakan pendekatan konvensional, dengan melihat kesan keduadua pendekatan ini terhadap pencapaian skor ujian pelajar bagi mata pelajaran Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kajian ini juga mengenalpasti pengaruh jantina pelajar dan penerimaan mereka terhadap pembelajaran yang menggunakan pendekatan PBL+T. Kajian berbentuk kuasi eksperimen ini dijalankan dalam dua fasa. Di mana seramai 51 orang pelajar Tingkatan Dua terlibat dan dibahagi kepada dua kumpulan. Data kajian dikutip melalui soal selidik pra dan pasca formatif, ujian pra dan ujian pasca bagi melihat tahap pencapaian pembelajaran pelajar, manakala soal selidik sumatif digunakan untuk mengenalpasti tahap penerimaan pelajar. Hasil kajian menunjukkan; (i) kesan pendekatan PBL+T terhadap pencapaian pelajar adalah positif, iaitu terdapat perbezaan.....
Thesis Published 2012 712 hits Available
6
Abstract
Penulisan ini akan membincangkan faktor-faktor penerimaan guru terhadap pendekatan Pembelajaran Teradun berdasarkan model-model penerimaan terdahulu yang telah stabil. Faktor-faktor penerimaan guru terhadap pendekatan Pembelajaran Teradun dikenal pasti melalui tinjauan literature dan tinjuan ringkas-temubual semi berstruktur. Tujuan penulisan ini adalah untuk membincangkan secara terperinci pembentukan dan penetapan faktor-faktor penerimaan guru terhadap Pembelajaran Teradun berdasarkan model-model terdahulu bagi persekitaran pembelajaran sekolah-sekolah Malaysia. Hasil penulisan ini diharap dapat memberi gambaran lengkap berkenaan faktor-faktor penerimaan guru dan ianya mampu menjadi panduan kepada pelaksana polisi bagi menjayakan pendekatan Pembelajaran Teradun di Malaysia. ** Kata kunci: Pembelajaran teradun, E-pembelajaran, penerimaan, FROG (VLE)...
Article Published 2016 125 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.