UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 5 |
Simplified search suggestions : Mohd Azli Yeop |
1 | 2016 article | Pembelajaran teradun: satu tinjauan literatur terhadap faktor-faktor penerimaan guru melalui model-model penerimaan Yeop Mohd Azli, Kung Teck Wong, Mohamed Noh Noraini, Penulisan ini akan membincangkan faktor-faktor penerimaan guru terhadap pendekatan Pembelajaran Teradun berdasarkan model-model penerimaan terdahulu yang telah stabil. Faktor-faktor penerimaan guru terhadap pendekatan Pembelajaran Teradun dikenal pasti melalui tinjauan literature dan tinjuan ringkas-temubual semi berstruktur. Tujuan penulisan ini adalah untuk membincangkan secara terperinci pembentukan dan penetapan faktor-faktor penerimaan guru terhadap Pembelajaran Teradun berdasarkan model-model terdahulu bagi persekitaran pembelajaran sekolah-sekolah Malaysia. Hasil penulisan ini diharap dapat memberi gambaran lengkap berkenaan faktor-faktor penerimaan guru dan ianya mampu menjadi panduan kepada pelaksana polisi bagi menjayakan pendekatan Pembelajaran Teradun di Malaysia.. 8000 hits |
2 | 2016 article | Frog VLE (Persekitaran Pembelajaran Maya) dalam Pengajaran dan Pembelajaran: penerimaan dan kaedah pelaksanaannya Hamzah Mahizer, Yeop Mohd Azli, Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini. Teknologi ini mempengaruhi cara anak-anak muda bermain, bersosial dan berkomunikasi serta telah memberi impak yang besar di dalam sistem pendidikan. Menyedari keadaan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil langkah proaktif dalam merangka perubahan baru dalam sistem pendidikan selari dengan perkembangan teknologi semasa. Inisiatif baharu bagi memastikan kejayaan konsep pembestarian sekolah ini, KPM telah memperkenalkan satu platform Pembelajaran Teradun yang di kenali sebagai Persekitaran Pembelajaran Maya-Frog (Frog VLE). Sehubungan itu, hampir kesemua sekolah di Malaysia iaitu hampir 10,000 buah sekolah telah dibekalkan dengan kemudahan ICT (Projek 1BestariNet) bagi merealisasikan konsep pembestarian ini. Penulisan ini akan menerangkan pandangan dan pelaksanaan Frog VLE dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dalam kalangan guru... 2571 hits |
3 | 2017 article | The construct of factors acceptance and use of blended learning for teachers in Malaysia Mohd Azli Yeop This paper will discuss determining construction, formation of the factors of acceptance and use of the Blended Learning approach among teachers. The determining construction for the teacher’s acceptance and use were identified through literature review and semi-structured interviews. The writing of this paper is to discuss in detail the determining constructs that make up the factors of acceptance and use of Blended Learning approach among teachers based on previous models for the learning environment of schools in Malaysia. The results of this study are expected to give a complete picture regarding constructs that make up the factors of acceptance and use among teachers and improve overall understanding of the individual’s acceptance of the Blended Learning approach. This understanding is also expected to guide implementation policies to create an effective Blended Learning environment for Malaysian education settings... 478 hits |
4 | 2018 thesis | Faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan dan penggunaan pendekatan pembelajaran teradun dalam kalangan guru di Malaysia Mohd Azli Yeop Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi Niat
Tingkah Laku (NTL) dan Tingkah Laku Penggunaan (TLP) bagi membentuk model konseptual
penerimaan dan penggunaan pendekatan Pembelajaran Teradun (Blended Learning Acceptance and
Use Model- BeLAUM). Kajian juga menilai kesan pemboleh ubah mediator dan pemboleh ubah moderator
terhadap hubungan antara konstruk kajian. Pendekatan reka bentuk kaedah bercampur - penerokaan
berturut (Sequential exploratory
- mixed methods research design) digunakan untuk mencapai enam objektif kajian.
Pembentukan konstruk dan instrumen kajian adalah berdasarkan tinjauan literatur
terhadap model-teori penerimaan teknologi terdahulu, hasil analisis temubual kumpulan fokus serta
penilaian panel pakar. Bagi pengumpulan data utama kajian, seramai 851 orang guru telah
memb..... 1413 hits |
5 | 2012 thesis | Kesan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek Berteraskan Teknologi terhadap pencapaian dan penerimaan pelajar Mohd Azli Yeop Kajian ini bertujuan untuk membanding antara pembelajaran yang menggunakan
Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek Berteraskan Teknologi (PBL+T) dan
pembelajaran menggunakan pendekatan konvensional, dengan melihat kesan keduadua
pendekatan ini terhadap pencapaian skor ujian pelajar bagi mata pelajaran Literasi
Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kajian ini juga mengenalpasti pengaruh jantina
pelajar dan penerimaan mereka terhadap pembelajaran yang menggunakan pendekatan
PBL+T. Kajian berbentuk kuasi eksperimen ini dijalankan dalam dua fasa. Di mana
seramai 51 orang pelajar Tingkatan Dua terlibat dan dibahagi kepada dua kumpulan.
Data kajian dikutip melalui soal selidik pra dan pasca formatif, ujian pra dan ujian
pasca bagi melihat tahap pencapaian pembelajaran pelajar, manakala soal selidik
sumatif digunakan untuk mengenalpasti tahap penerimaan pelajar. Hasil kajian
menunjukkan; (i) kesan pendekatan PBL+T terhadap pencapaian pelajar adalah
positif, iaitu terdapat perbezaan..... 54 hits |