UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 1
Simplified search suggestions : Mohd Faizul Muhammad
12018
Thesis
Daya tampung dan tahap kepuasan pengguna terhadap kemudahan sosial di mukim Serendah
Mohd Faizul Muhammad
Kajian ini bertujuan mengkaji daya tampung dan tahap kepuasan pengguna terhadap kemudahan sosial yang sedia ada di Mukim Serendah. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Aspek daya tampung kemudahan sosial dianalisis berdasarkan Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBD). Pensampelan rawak mudah berstrata digunakan untuk memilih seramai 400 orang responden di kawasan Mukim Serendah. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferens. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan daya tampung kemudahan sosial terpilih mengikut kawasan di Mukim Serendah. Kemudahan sosial yang paling banyak tidak memenuhi piawaian seperti digariskan oleh pihak JPBD adalah di Bukit Beruntung. Hampir kesemua kemudahan pendidikan tadika pula memenuhi piawaian seperti yang digariskan oleh pihak JPBD dan selari dengan pandangan pengguna terhadap daya tampung k.....

832 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.