UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Mohd Faris Che Mohamad Rahimi |
1 | 2022 thesis | Kesan laman sesawang multimedia interaktif terhadap pencapaian kata pemeri murid tahun lima Mohd Faris Che Mohamad Rahimi Kajian ini bertujuan mengkaji pencapaian kata pemeri murid dengan mengaplikasikan
laman sesawang multimedia interaktif. Kaedah kajian kuasi eksperimen digunakan
dalam penyelidikan ini. Sampel kajian pula ialah 30 orang murid sekolah rendah jenis
kebangsaan Cina di dalam daerah Kinta, Perak. Instrumen kajian bagi penyelidikan ini
ialah ujian pra dan ujian pasca. Murid menjalani ujian pra sebelum rawatan, manakala
ujian pasca dilaksanakan selepas murid didedahkan dengan aplikasi laman sesawang
multimedia interaktif. Bagi penyelidikan ini, data dianalisis secara deskriptif dan
inferens. Data deskriptif ialah min dan sisihan piawai. Data inferens dianalisis secara
statistik menerusi ANCOVA. Dapatan kajian menunjukkan F= 7.0 (df= 29), iaitu pada
paras signifikan < 0.05. Implikasi kajian ialah bahan laman sesawang multimedia
interaktif yang berasaskan teks dan grafik dapat melonjakkan pencapaian murid tahun
lima dalam kata pemeri. Oleh itu, dicadangkan bahan ini dapat dipergiat ap..... 660 hits |