UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Mohd Fauzi Md Rejab |
1 | 2018 Thesis | Estetika Pagar Musang tradisional pantai timur era kontemporari Mohd Fauzi Md Rejab Kajian empirikal ini bertujuan untuk mengkaji nilai estetika yang terdapat pada Pagar Musang gaya pantai timur bentuk tradisional dan kontemporari berdasarkan aspek reka bentuk, ragam hias serta fungsinya. Kajian ini dibuat dengan bersandarkan kepada teori budaya David Kaplan dan prinsip estetika Zakaria Ali. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah reka bentuk kajian kes. Data dikumpul melalui cara temu bual, pemerhatian, rakaman visual, analisa produk, kajian dokumen dan kepustakaan. Kajian ini dilakukan di daerah Besut Terengganu, Kota Bharu Kelantan dan Temerloh Pahang. Dapatan dari kajian menunjukkan faktor penggunaan teknologi moden, penggunaan bahan yang bukan berasaskan kayu serta pemakaian motif yang lebih moden dan kontemporari telah memberi wajah yang baru pada Pagar Musang pantai timur dalam era kontemporari. Berdasarkan pada enam prinsip estetika Zakaria Ali dan tiga subsistem dari teori budaya David Kaplan menunjukkan nilai estetika Melayu tradisional mas..... 863 hits |