UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

Simplified search suggestions : Mohd Khaidir Abdul Wahab
1
Abstract
Kajian ini dilakukan untuk membina satu model penyatupaduan nasional melalui sistem pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, yang dikenali sebagai Model Falsafah Bahasa Penyatuan Bangsa. Dalam model ini, elemen falsafah bahasa akan diserapkan ke dalam sistem pembelajaran bahasa Melayu bagi mewujudkan kesedaran penyatupaduan nasional dalam kalangan murid. Tiga objektif utama ialah meninjau kebolehlaksanaan pembangunan Model Falsafah Bahasa untuk Penyatupaduan Nasional, menghasilkan model prototaip dan menilai pelaksanaannya untuk penyatupaduan nasional. Penyelidikan ini menggunakan kaedah Design and Development Research Approach yang diperkenalkan oleh Richey dan Klein. Gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif diimplimentasikan dalam kajian ini berpandukan Model Falsafah Pendidikan Bahasa oleh Awang Sariyan dan Model Falsafah Bahasa oleh Mohd Rashid Md Idris yang telah diteliti berdasarkan dua teori teras falsafah bahasa, iaitu Teori Relativiti Bahasa oleh Edward Sapir dan Benjamin .....
Thesis Published 2017 3536 hits Available
2
Abstract
Etnik Murut mempunyai banyak sub seperti Tahol atau Tagal, Paluan, Baukan, Timugon, Kolod, Naabai, Sembakung, Serudung, Kalabakan dan sebagainya. Masyarakat Murut Tahol merupakan sub yang terbesar dalam kaum Murut. Suku kaum Murut Tahol kebanyakannya menetap di daerah Nabawan suatu daerah pedalaman yang terletak di bahagian selatan negeri Sabah. Kajian ini akan meneliti hubungan kekerabatan dan abad pisah antara bahasa Murut Tahol dengan bahasa Melayu melalui cara penyenaraian kosa kata asas kedua-dua bahasa tersebut dengan menggunakan kaedah perbandingan leksikostatistik dan penerapan kaedah glotokronologi. Kaedah ini dapat menentukan kadar peratusan kata berkerabat dengan cara menghitung jumlah kosa kata berkognat melalui penelitian secara kualitatif aspek retensi dan inovasi. Tinjauan dan penyenaraian kosa kata asas bahasa ini akan memanfaatkan senarai 200 kata Morris Swadesh. Namun begitu, kajian ini hanya meneliti perubahan bahasa dan bukannya bertujuan untuk memperoleh gambaran b.....
Article Published 2021 1123 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.