AbstractKajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pengaruh amalan kepimpinan guru
terhadap keberhasilan pelajar dalam kalangan pelajar tingkatan enam. Kajian ini adalah kajian kes
yang menggunakan dua jenis instrumen soal selidik iaitu soal selidik kepimpinan guru dan soal
selidik keberhasilan pelajar. Populasi kajian ini terdiri dari 187 pelajar tingkatan enam atas di
daerah Perak Tengah. Berdasarkan jadual saiz sampel Krejcie dan Morgan, jumlah sampel adalah 123
pelajar. Pemilihan sampel kajian menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Data kajian dianalisis
secara deskriptif dan inferens. Hasil kajian menunjukkan kepimpinan guru (min= 4.15, sp= 0.47) dan
tahap keberhasilan pelajar (min= 4.07, sp= 0.43) berada pada tahap yang tinggi. Namun kepimpinan
guru mempunyai hubungan yang lemah dengan keberhasilan pelajar (r= .238, p < .05). Hasil analisis
regresi linear mudah menunjukkan kepimpinan guru mempengaruhi keberhasilan pelajar (β=.238,
p=0.0.....