AbstractKajian ini bertujuan untuk melihat aspek pengalaman pelajar yang berbeza peringkat
umur terhadap tutor hologram manusia sebenar. Empat kumpulan yang terlibat ialah
murid darjah lima, pelajar tingkatan empat, pelajar sepenuh masa dan pelajar sambilan
institusi pengajian tinggi. Kajian ini juga melihat kesan emosi seronok dan emosi dalam
pembelajaran pelajar yang tercetus disebabkan reka bentuk karakter tutor hologram
yang berbeza tahap realistik. Bagi tujuan tersebut tiga tutor hologram berbeza tahap
realistik telah dibangunkan, iaitu manusia sebenar, kartun 3D dan robot manusia. Hanya
pelajar sepenuh masa institusi pengajian tinggi sahaja yang terlibat untuk objektif kedua
kajian ini. Keseluruhannya, reka bentuk kuasi-eksperimen telah digunakan bagi
menjawab persoalan-persoalan kajian yang dibina. Bagi tujuan memperoleh maklum
balas dari responden, soal selidik UEQ telah digunakan untuk objektif kajian yang
pertama dan SAM serta AEQ digunakan untuk objektif kajian yang kedua.....