|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 2 |
| Simplified search suggestions : Mohd Mazhan Tamyis |
| 1 | 2021 Article | Bidang Jawi dalam kurikulum pendidikan Islam sekolah rendah: satu analisis literatur Mohd Mazhan Tamyis Tulisan Jawi merupakan salah satu warisan budaya yang berkait rapat dengan jati diri masyarakat, identiti negara dan mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri. Kepentingan untuk memartabatkan tulisan Jawi telah dipandukan melalui pelaksanaan bidang Jawi dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Islam (BJdKPI) Semakan 2017. Namun, kewujudan jurang yang ketara antara perancangan kurikulum di peringkat pusat dengan realiti pelaksanaan guru di bilik darjah perlu diberikan perhatian. Penulisan ini membincangkan hasil analisis literatur yang merangkumi kajian bidang Jawi dalam tiga skop utama, iaitu (1) perkembangan Jawi, (2) pengajaran dan pembelajaran Jawi, dan (3) penguasaan Jawi. Kertas konseptual ini bertujuan untuk mengenal pasti fokus kajian, topik dan isu berkaitan bidang Jawi dalam kurikulum pendidikan Islam. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan soroton literatur secara analisis kandungan dan juga analisis naratif. Pencarian jurnal terpilih berdasarkan tahun..... 1086 hits |
| 2 | 2024 Thesis | Penilaian pelaksanaan bidang Jawi dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Islam Mohd Mazhan Tamyis Kajian ini bertujuan menilai pelaksanaan bidang Jawi dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Islam (BJdKPI) menggunakan Model CIPP yang meliputi dimensi konteks (kesesuaian BJdKPI dengan FPK, kesesuaian BJdKPI dengan matlamat KPI, kesesuaian BJdKPI dengan objektif KPI); dimensi input (peruntukan masa, pengajaran abad ke-21, pengetahuan kandungan mata pelajaran); dimensi proses (pelaksanaan pengajaran Jawi, penggunaan Bahan Sokongan Pembelajaran, Pentaksiran Bilik Darjah, penyeliaan pengajaran, hubungan dengan murid, kerjasama pihak pentadbir, kolaboratif rakan sejawat); dan dimensi produk (kompetensi pengajaran Jawi, watak GPI, komitmen kerjaya, tanggungjawab luar kelas). Kajian penyelelidikan bercampur ini adalah secara Convergent Design Method dengan menggabungkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif secara serentak. Data dikumpul melalui soal selidik atas talian yang mengandungi 94 item soalan tertutup dan empat item soalan terbuka yang diubahsuai dan diuji kesahan serta..... 994 hits |