UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Mohd Radhi Md Shukri |
1 | 2021 thesis | Pembangunan dan pengujian heuristik permainan video mobil Awang Sains menggunakan kaedah Fuzzy Delphi Mohd Radhi Md Shukri Kelemahan murid tahun 4 dalam menguasai kemahiran proses Sains di sekolah rendah
menjadi pendorong kepada kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk membangun dan
menguji permainan video mobil Awang Sains. Kajian ini mempunyai tiga objektif.
Pertama, untuk membangunkan permainan video mobil 2 dimensi bagi pembelajaran
subjek Sains tahun 4. Kedua adalah untuk membangunkan instrumen pengujian
heuristik permainan video mobil. Ketiga, menguji heuristik permainan video mobil
Awang Sains untuk dijadikan sebagai bahan bantu mengajar baharu bagi membantu
guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran proses sains
tahun 4. Kajian ini berasaskan kepada pendekatan kajian Reka Bentuk dan
Pembangunan (Design and Development Research / DDR) dan menggunakan model
ADDIE untuk fasa pembangunan. Berpandukan kepada pendekatan ini, ia terbahagi
kepada tiga fasa. Fasa pertama melibatkan analisis keperluan pembangunan daripada
sorotan literatur. Fasa kedua ialah kajian terhadap pe..... 1409 hits |