UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

5 record(s) found

Simplified search suggestions : Mohd Rashid Hj Md Idris
1
Abstract
Makalah ini melihat keampuhan Teori Falsafah Bahasa sebagai wahana penyampai nilai dan ilmu. Teori ini menekankan tiga prinsip asas, iaitu berbahasa dengan menggunakan nahu yang betul mengikut konteks, berbahasa untuk menyampaikan maklumat yang benar, dan berbahasa sebagai suatu ibadah. Rata-rata masyarakat di Malaysia terutama golongan belia amat menggemari genre novel sebagai bahan bacaan. Kehidupan beragama juga menjadi pilihan majoriti masyarakat Malaysia termasuk golongan belia. Novel yang dipilih ialah ‘Seteguh Karang’ yang dipelajari di sekolah menengah telah memperlihatkan prinsip-prinsip dalam teori ini diamalkan. Di samping itu, novel ini juga telah membuktikan wujudnya nilai modal insan yang mampu menjadi penjana dan penghubung transformasi identiti belia di Malaysia. Berdasarkan data yang dianalisis, terbukti lima nilai modal insan untuk membangunkan generasi yang mempunyai ciri-ciri berikut i) kualiti asas jasmani, emosi, rohani dan intelektual, ii) berjiwa besar dan c.....
Article Published 2012 2126 hits Available
2
Abstract
Makalah ini membincangkan usaha memartabatkan bahasa Melayu melalui pendidikan. Tujuan utama ke arah ini adalah kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia. Keyakinan ini telah termeterai bahawa bahasa Melayu telah menduduki tempat yang tinggi sebagai bahasa moden kerana telah memenuhi semua syarat seperti sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar pendidikan, bahasa perdagangan, bahasa agama, bahasa kebudayaan dan kesusasteraan, bahasa militer, bahasa lingua franca, bahasa parlimen dan bahasa mahkamah. Mengikut kajian pada tahun 1992, bahasa Melayu menduduki tempat keenam, iaitu mempunyai kira-kira 200 juta penutur. Daripada sudut tatabahasa terutamanya sintaksis, bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang paling mudah dipelajari, sangat lentur dan sesuai untuk mengekspresikan pemikiran yang tinggi. Usaha pemerkasaan bahasa Melayu kian t.....
Article Published 2013 2310 hits Available
3
Abstract
Teori Falsafah Bahasa menjadikan bahasa sebagai objek perbincangan. Teori ini mengetengahkan situasi yang lebih jelas tentang perlunya seseorang itu mengupayakan tahap kesempurnaan berbahasa sama ada secara lisan, tulisan atau bukan lisan. Keutamaan adalah kepada penggunaan alat-alat artikulasi (alat-alat pertuturan) yang dikurniai oleh Pencipta dengan cara yang betul. Kesempurnaan kegiatan berbahasa dapat dilaksanakan dengan mengaplikasi tiga prinsip asas kesempurnaan berbahasa yang dianjurkan oleh teori ini, iaitu (i) berbahasa mengikut nahunya supaya maksud yang hendak disampaikan itu mencapai objektifnya, (ii) berbahasa untuk menyampaikan maklumat yang benar, dan (iii) berbahasa untuk tujuan ibadah. Dengan cara itu, kita telah melakukan perkara yang terbaik dalam urusan berbahasa dan mencapai tahap kesempurnaan berbahasa. Kata kunci: Teori Falsafah Bahasa, kesempurnaan, nahu, maklumat dan ibadah..
Article Published 2011 9 hits Available
4
Abstract
Makalah ini hasil daripada Geran Penyelidikan Universiti (GPU) pada 2010. Kajian ini mengambil masa setahun. Falsafah Pendidikan bahasa yang dibentuk adalah berasaskan kepada gabungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Bahasa. Kerangka teori kajian ini menggunakan Teori Falsafah Bahasa (2007). Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti aspek falsafah bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah menengah, aplikasinya dan menyarankan strategi untuk penambahbaikannya. Metodologi kajian melibatkan kaedah kepustakaan dan kaedah tinjauan (soal selidik, temu bual dan pemerhatian). Tumpuan kawasan kajian hanyalah di seluruh negeri Perak. Kutipan data dibahagikan kepada 10 zon. Dapatan kajian dengan menggunakan kaedah persampelan menunjukkan tahap pengetahuan guru-guru berkaitan Falsafah Pendidikan Bahasa adalah dalam bilangan yang terhad. Falsafah yang ingin diwujudkan dalam bidang bahasa ini perlu difahami dan dihayati terlebih dahulu untuk mendapatkan manfaat sebe.....
Article Published 2012 7 hits Available
5
Abstract
Kajian ini dilakukan untuk membina satu model penyatupaduan nasional melalui sistem pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, yang dikenali sebagai Model Falsafah Bahasa Penyatuan Bangsa. Dalam model ini, elemen falsafah bahasa akan diserapkan ke dalam sistem pembelajaran bahasa Melayu bagi mewujudkan kesedaran penyatupaduan nasional dalam kalangan murid. Tiga objektif utama ialah meninjau kebolehlaksanaan pembangunan Model Falsafah Bahasa untuk Penyatupaduan Nasional, menghasilkan model prototaip dan menilai pelaksanaannya untuk penyatupaduan nasional. Penyelidikan ini menggunakan kaedah Design and Development Research Approach yang diperkenalkan oleh Richey dan Klein. Gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif diimplimentasikan dalam kajian ini berpandukan Model Falsafah Pendidikan Bahasa oleh Awang Sariyan dan Model Falsafah Bahasa oleh Mohd Rashid Md Idris yang telah diteliti berdasarkan dua teori teras falsafah bahasa, iaitu Teori Relativiti Bahasa oleh Edward Sapir dan Benjamin .....
Thesis Published 2017 3548 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.