AbstractMakalah ini membincangkan usaha memartabatkan bahasa Melayu melalui pendidikan. Tujuan utama ke arah ini adalah kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia. Keyakinan ini telah termeterai bahawa bahasa Melayu telah menduduki tempat yang tinggi sebagai bahasa moden kerana telah memenuhi semua syarat seperti sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar pendidikan, bahasa perdagangan, bahasa agama, bahasa kebudayaan dan kesusasteraan, bahasa militer, bahasa lingua franca, bahasa parlimen dan bahasa mahkamah. Mengikut kajian pada tahun 1992, bahasa Melayu menduduki tempat keenam, iaitu mempunyai kira-kira 200 juta penutur. Daripada sudut tatabahasa terutamanya sintaksis, bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang paling mudah dipelajari, sangat lentur dan sesuai untuk mengekspresikan pemikiran yang tinggi. Usaha pemerkasaan bahasa Melayu kian t.....