|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Mohd Rino Mohd Johari |
| 1 | 2024 Thesis | Inovasi Kit Operasi Asas Matematik (I-KOAM) dalam pengajaran dan pembelajaran operasi darab dan bahagi murid masalah pembelajaran Tahun Empat Mohd Rino Mohd Johari Kajian ini mengkaji tentang penggunaan BBM dikenali sebagai Inovasi Kit Operasi Asas Matematik (I-KOAM) yang digunakan dalam topik operasi darab dan bahagi dalam kalangan MBPK masalah pembelajaran Tahun Empat. Objektif, persoalan dan hipotesis kajian adalah untuk mengkaji perbezaan pencapaian kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pra (HO1), mengkaji perbezaan pencapaian kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pasca (HO2), mengkaji perbezaan pencapaian antara topik operasi asas darab dan bahagi dalam ujian pra (HO3), mengkaji perbezaan pencapaian antara topik operasi asas darab dan bahagi dalam ujian pasca (HO4) dan mengkaji hubungan ciri-ciri I-KOAM dengan DSKP KSSR Pendidikan Khas Matematik Masalah Pembelajaran Tahun Empat (HO5). Populasi kajian ini melibatkan dua buah sekolah rendah di Daerah Hulu Selangor yang mempunyai PPKI Masalah Pembelajaran Tahun Empat. Responden kajian terdiri daripada 50 orang MBPK Tahun Empat dan 50 oran guru. Metodologi kajian ini meng..... 153 hits |