UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

23 record(s) found

1
Abstract
The International Committee of Sport Pedagogy (ICSP) within ICSSPE links five international organizations with a common interest in physical education. This Committee is composed of: the Federation Internationale des Ecoles Superieures d'Education Physique (AIESEP), the Federation Internationale d'Education Physique (FJ EP), the International Association of Physical Education and Sport for Girls and Women (IAPESGW), the International Federation of Adapted Physical Activity (IFAPA), and the International Society for Comparative Physical Education and Sports (ISGPES ).The International Committee of Sports Pedagogy played a leading role in the development of the World Summit on Physical Education...
Conference Item Published 2002 1957 hits Available
2
Abstract
Perkembangan awal penggunaan teknologi dalam pendidikan kebanyakannya berasaskan kepada anjuran daripada Teori Pembelajaran Behaviorisme dan Kognitivisme, di mana teknologi digunakan untuk mengajar, seolah-olah ia menggantikan tempat guru. Ini bermakna pengetahuan terletak di dalam teknologi dan teknologi mempersembahkan pengetahuan kepada murid. Peranan murid adalah untuk belajar pengetahuan yang dipersembahkan oleh teknologi, sebagaimana mereka mempelajari pengetahuan yang diberikan oleh guru. Aliran Konstruktivisme pula berpendapat penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran harus berubah dari peranan tradisional teknologi sebagai guru kepada teknologi sebagai rakan di dalam proses pembelajaran. Pelajar harus belajar dengan teknologi, bukannya belajar dari teknologi. Teknologi harus menjadi rakan intelektual pelajar. Dalam kajian ini satu model pengajaran dan pembelajaran berasaskan pandangan Konstruktivisme dibangunkan, iaitu dinamakan Model Pengajaran dan Pembelajaran d.....
Book Section Published 2007 1757 hits Available
4
Abstract
Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan perkaitan antara persepsi tekanan akademik dengan kesejahteraan diri dalam kalangan pelajar universiti di Serdang, Selangor. Seramai 400 orang pelajar telah dipilih sebagai responden kajian dan data dikumpul menggunakan borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden. Skala Personal Wellbeing Index - Adult (PWI-A) oleh Cummins (2013) digunakan untuk mengukur tahap kesejahteraan diri pelajar universiti. Pesepsi tekanan akademik pula telah diukur dengan menggunakan Perception of Academic Stress Scale (PAS) oleh Bedewy dan Gabriel (2015) yang mempunyai empat sub-skala iaitu tekanan prestasi, persepsi bebanan kerja, persepsi diri akademik dan kekangan masa. Hasil kajian menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan antara persepsi diri akademik (r = 0.247**, p ≤ 0.05) dan kekangan masa (r = 0.179**, p ≤ 0.05) dengan kesejahteraan diri pelajar universiti. Kajian ini membuktikan persepsi diri akademik merupakan faktor peramal yang palin.....
Article Published 2019 1718 hits Available
5
Abstract
Kajian  ini  bertujuan  untuk  membangun  dan  menilai  keberkesanan   koswer  weblog multimedia  interaktif  dalam  pembelajaran  kejuruteraan  hidrologi  terhadap  pencapaian kognitif    aras   tinggi   pelajar   dari   aspek   keupayaan   spatial.   Model   reka   bentuk pembangunan   Hannafin  dan  Peck  digunakan  dan  ia  melibatkan  empat  fasa  utama pembangunan koswer iaitu  analisis keperluan, reka bentuk, pembangunan dan penilaian. Model  pembangunan  koswer  Alessi  dan   Trollip  digunakan  untuk  menentukan  aras kognitif   pelajar   selaras   dengan   Taksonomi    Bloom   dan   Anderson.   Untuk   menilai kesesuaian  koswer,  kaedah  tinjauan  dan  teknik   Delphi  Terubah  Suai  digunakan.  Min hasil  fasa  analisis  koswer  yang  tinggi  (M=4.42,   SP=0.63)  dan  ujian-t  yang  signifikan (t(9)=-9.132,  p=0.002)  menunjukkan  koswer  berkenaan   sesuai  d.....
Thesis Published 2019 3440 hits Available
6
Abstract
Kajian  ini  bertujuan  mengetengahkan  objek-objek  seni  yang  disebut  dalam  Hikayat Merong  Mahawangsa  dengan  mengenal  pasti  artifak,  objek  seni,  dan  prasasti  yang dipercayai   wujud  dalam  era  Langkasuka.  Kajian  ini  turut  mengkaji  kesinambungan susur  galur  kesenian   Melayu  yang  dipengaruhi  dengan  seni  reka  motif  Merong Mahawangsa dengan mengenal pasti  jenis-jenis seni reka motif yang diukir pada objek seni   yang   telah   dijumpai   dalam   era    berkenaan.   Fokus   kesenian   Melayu   boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu seni ukiran,  seni seramik atau tembikar, dan kesenian kostum diraja Melayu. Kajian kualitatif ini berdasarkan  pendekatan sejarah yang melibatkan pemerhatian dan rakaman visual artifak. Lokasi-lokasi kajian  adalah di Muzium Arkeologi Lembah Bujang di Kedah, Muzium Negara Malaysia di Kuala Lumpur,  Muzium   Diraja  Negeri  Kedah,  dan  beberapa.....
Thesis Published 2021 3282 hits Available
7
Abstract
Kajian  ini  bertujuan  untuk  mengkaji  impak  penggunaan  peranti  mudah  alih  dalam meningkatkan   tingkah   laku   sedentari   dari   aspek   faktor,   risiko   dan   kekerapan  penggunaan  dalam  kalangan   kanak-kanak.  Kajian  ini  merupakan  sebuah  kajian kualtitatif    dan   menggunakan   teknik   temu   bual   bagi   mendapatkan   maklumat. Pemilihan  subjek  kajian   menggunakan  persampelan  bertujuan  melibatkan  10  orang ibu   bapa   daerah   Muallim,   Perak.    Hasil   kajian   menunjukkan   bahawa   ibu   bapa mendefinisikan peranti mudah alih sebagai satu  bentuk hiburan yang berteknologi dan memberikan keseronokkan kepada kanak-kanak. Penggunaan peranti  mudah alih ini memberikan kesan dan menjejaskan perkembangan tingkah laku kanak-kanak. Kajian ini  mendapati bahawa ibu bapa memahami ciri-ciri kanak-kanak yang bertingkah laku sedentari.  Kekangan   masa  yang  ber.....
Thesis Published 2021 2699 hits Available
8
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan impak sistem LRT terhadap harga hartanah komersial di Petaling Jaya, Selangor. Bagi mencapai tujuan ini, reka bentuk penyelidikan kajian kes dan beberapa teknik statistik seperti Linear Trend Line (LTL), Polynominal Trend Line (PTL), Model Harga Hedonik (HPM) dan model Geographically Weighted Regression (GWR) telah digunakan. Dapatan daripada teknik linear trend line dan polynomial trend line menunjukkan bahawa impak sistem LRT terhadap harga hartanah komersial adalah positif dan signifikan. Namun begitu, perubahan harga hartanah komersial di setiap stesen adalah tidak sama, kerana terdapat stesen yang mengalami perubahan harga yang tinggi, sementara stesen yang lain adalah sebaliknya. Seterusnya, dapatan model harga hedonik menunjukkan bahawa harga hartanah komersial boleh meningkat kira-kira RM 350 bagi setiap meter dari stesen LRT terdekat. Sementara itu, dapatan analisis geographically weighted regression memberikan maklumat yang le.....
Thesis Published 2021 1847 hits Limited
9
Abstract
Kajian ini adalah berkenaan literatur bagi pelaksanaan Kaedah Pendaraban Cepat dalam topik Pendaraban terhadap minat dan tahap pencapaian murid tahun Empat. Kaedah Pendaraban Cepat merupakan satu kaedah yang merangsang murid untuk membuat pengiraan mental. Pengiraan mental bermaksud pengiraan matematik yang dilakukan dengan menggunakan akal fikiran semata-mata, tanpa bantuan alat tulis dan alat mengira, dan tanpa terikat kepada algoritma. Topik Pendaraban merupakan satu topik yang memerlukan banyak pengiraan secara mental. Tambahan pula, topik Pendaraban merupakan satu topik yang sukar untuk dikuasai oleh murid terutamanya apabila melibatkan pendaraban dua digit dengan dua digit. Kaedah Pendaraban Cepat dapat membantu murid untuk membuat pengiraan mental secara cepat. Kajian literatur ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan kaedah ini dan untuk menilai impak kepada tahap pencapaian dan minat murid terhadap topik Pendaraban khasnya melibatkan pendaraban dua digit dengan dua digit. Liter.....
Article Published 2021 1134 hits Available
10
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneroka kefahaman patriotisme dalam kalangan Guru Pendidikan Islam (GPI), meneroka penerapan elemen patriotisme dalam kalangan GPI, meneliti pandangan GPI terhadap penghayatan elemen patriotisme murid Islam dan melihat faktor-faktor kekangan yang wujud dalam perlaksanaan penerapan elemen patriotisme dalam mata pelajaran Pendidikan Islam secara mendalam. Patriotisme sangat penting dalam Pendidikan Islam kerana ia mempersiapkan Guru Pendidikan Islam untuk membina jati diri murid dan keperibadian muslim dengan berlandaskan kepatuhan kepada syariah. Selanjutnya, kajian ini meneliti kepentingan penerapan elemen patriotisme dalam mata pelajaran Pendidikan Islam serta meneroka elemen Patriotisme Patuh Syariah (PPS). Kajian ini berbentuk kajian kes dengan menggunakan pendekatan kualitatif sepenuhnya. Pengumpulan data dilakukan melalui temu bual separa berstruktur, pemerhatian pengajaran dan analisis dokumen. Data dianalisis menggunakan perisian ATLAS.ti......
Thesis Published 2023 7012 hits Available
First Prev
Page 1 of 3

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.