UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 13 |
Simplified search suggestions : Mohd Uzi Dollah |
1 | 2019 article | A comparison of value of progress conveyed in mathematics textbook in Malaysia and Australia Mohd Uzi Dollah This research aims to compare the value of progress conveyed in the form four mathematics textbooks from Australia and Malaysia. One mathematics textbook was analysed from each of the countries. Two chapters were chosen for analysis from both of the textbooks, namely Linear Equations and Trigonometry. Content analysis was used to analyse the data. Four characteristics of the value of progress were identified, namely questioning, growth, alternative and generalisation. For the characteristics of questioning, both of the textbooks gave more emphasize to the use of ?directive words or phrases compared to use of questions. The value of progress with characteristics of growth and alternative was more clearly conveyed in the TVA Math textbooks, compared to the TMA Math textbook. The value of progress with the characteristics of growth, for both textbooks, was conveyed through use of histories. The value of progress with characteristics of alternative was identified through the use of multipl..... 9874 hits |
2 | 2016 article | Analisis jenis kesilapan melalui kaedah Newman Error dalam penyelesaian masalah berayat Matematik dalam kalangan murid tahun 5 Shamsuddin Shara Nor Raifana, Saad Noor Shah, Dollah Mohd Uzi, Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti jenis kesilapan yang sering dilakukan oleh murid-murid pelbagai tahap pencapaian dalam penyelesaian masalah soalan berayat matematik melalui Kaedah Analisis Kesilapan Newman. Kajian berbentuk kualitatif ini dijalankan selama empat minggu di Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 2, Kg Gajah, Perak. Sampel kajian terdiri darpada 61 orang murid tahun lima yang dibahagikan kepada tiga kumpulan berpencapaian cemerlang, sederhana dan rendah. Data dipungut melalui satu set soalan ujian bertulis dan temu bual semi berstruktur. Analisis data dibuat setelah membuat saringan data dan kemudiannya mempersembahkan data seterusnya kepada membuat verifikasi data. Jenis kesilapan ditentukan dengan kesilapan langkah kerja yang pertama dilakukan oleh murid dalam penyelesaiannya dan diklasifikasikan berdasarkan Prosedur Analisis Kesilapan Newman yang telah diubahsuai. Dapatan kajian menunjukkan murid berpencapaian cemerlang lebih cenderung melakukan kesilapan..... 3478 hits |
3 | 2016 article | Pembinaan instrumen penilaian kendiri pembelajaran Algebra tingkatan empat Abdullah Mohd Faizal Nizam Lee, Low Chai Peng, Dollah Mohd Uzi, Kajian ini bertujuan membina instrumen penilaian murid tingkatan 4 bagi pembelajaran algebra dalam Matematik dan Matematik Tambahan. Topik-topik yang dikaji bagi subjek Matematik adalah Ungkapan dan Persamaan Kuadratik dan Garis Lurus. Manakala bagi subjek Matematik Tambahan, topik-topik yang dikaji adalah Fungsi, Persamaan Kuadratik, Fungsi Kuadratik, Persamaan Serentak dan Indeks dan Logaritma. Kaedah yang digunakan untuk membina instrumen dalam kajian ini melibatkan dua fasa, iaitu kajian literatur dan kajian rintis. Dapatan daripada kajian literatur telah mengenal pasti lima konstruk, iaitu minat, gaya pembelajaran, pengetahuan asas menengah rendah, penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan isi kandungan algebra. Dapatan daripada kajian rintis pula adalah kesahan kandungan instrumen oleh lima orang pakar iaitu guru yang berpengalaman dalam mengajar Matematik dan Matematik Tambahan serta pensyarah universiti. Nilai kebolehpercayaan keseluruhan item dalam instrumen ialah 0..... 7750 hits |
4 | 2016 article | Penerapan nilai rasionalisme dan objektisme dalam pengajaran guru Matematik sekolah rendah Dollah Mohd Uzi, Saad Noor Shah, Abdullah Mohd Faizal Nizam Lee, Yusof Qismullah, Kajian ini bertujuan meneroka secara mendalami komponen budaya, iaitu penerapan nilai matematik dalam pengajaran guru di bilik darjah. Fokus kajian adalah tentang dua nilai matematik iaitu nilai rasionalisme dan nilai objektisme. Secara khusus kajian ini adalah untuk menjawab soalan tentang bagaimana penerapan nilai rasionalisme dan nilai objektisme berlaku dalam pengajaran matematik di sekolah rendah. Kajian dijalankan secara kualitatif melibatkan dua orang peserta kajian. Pemilihan peserta adalah secara bertujuan daripada sebuah sekolah rendah dari sebuah pekan di Negeri Perak. Pengumpulan data melibatkan pemerhatian, temu bual pra dan pasca pengajaran dan analisis dokumen. Data kajian dianalisis menggunakan analisis isi kandungan. Dapatan kajian menunjukkan kecenderungan guru tidak merancang secara bertulis pengajaran yang akan dijalankan. Dua jenis nilai, iaitu nilai rasionalisme dan nilai objektisme dikesan terterap dalam pengajaran bilik darjah. Walau bagaimanapun penerapan nilai..... 7382 hits |
5 | 2012 article | Cabaran penerapan nilai Matematik dalam pengajaran Matematik sekolah menengah Dollah Mohd Uzi, Nilai dalam pengajaran Matematik merupakan kualiti afektif dalaman yang membabitkan kepiawaian seseorang individu berfikir dan bertindak dalam pengajaran matematik. Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan membincangkan pelaksanaan pengajaran nilai matematik dalam kalangan tiga orang guru matematik sekolah menengah. Data diperolehi melalui pemerhatian pengajaran kelas dan temu bual. Pemerhatian pengajaran kelas bagi setiap peserta kajian dibuat sebanyak tiga kali. Temu bual dilakukan sebelum dan selepas setiap pemerhatian pengajaran kelas, serta pada akhir proses pengumpulan data bagi setiap peserta. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penerapan nilai matematik dalam pengajaran kelas tidak dirancang secara eksplisit oleh ketiga-tiga peserta kajian. Dua nilai Matematik iaitu nilai objektisme dan nilai keterbukaan diterap secara tidak langsung dalam pengajaran oleh peserta kajian. Umumnya, nilai objektisme diterap melalui penggunaan simbol dan gambar rajah, sementara nilai keterbukaan diter..... 638 hits |
6 | 2012 article | Pengajaran kemahiran berfikir : persepsi dan amalan guru matematik semasa pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah Saad Sukiman, Saad Noor Shah, Dollah Mohd Uzi, Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi dan amalan pengajaran kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di bilik darjah. Fokus utama diberikan kepada persepsi guru terhadap pengajaran kemahiran berfikir yang merangkumi aspek pendekatan pengajaran, nilai dan kepentingan pengajaran kemahiran berfikir, efikasi guru, dan juga sokongan kurikulum dan sekolah. Kedua, mengkaji pengajaran kemahiran berfikir yang diamalkan oleh guru Matematik dalam bilik darjah. Kajian ini juga ingin melihat sama ada terdapat perbezaan amalan pengajaran kemahiran berfikir antara jantina dan pengalaman mengajar. Seterusnya kajian ini ingin melihat sama ada terdapat atau tidak terdapat hubungan antara persepsi guru dan amalan pengajaran kemahiran berfikir. Sampel kajian terdiri daripada 144 orang guru Matematik sekolah menengah dalam Daerah Muar. Data-data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Sosial Science (SPSS) versi 17.0. Dapatan kajian menunjukkan bah..... 2892 hits |
7 | 2012 article | Kemahiran Penaakulan Saintifik (KPS) dalam kalangan pelajar tingkatan empat dan hubungannya dengan stail pengajaran guru Matematik di bilik darjah Abu Hassan Mohd Eizuan, Saad Noor Shah, Dollah Mohd Uzi, Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap korelasi antara tahap kemahiran penaakulan saintifik (KPS) dengan persepsi pelajar terhadap stail pengajaran guru Matematik di sekolah. Para pelajar yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada 226 orang pelajar tingkatan empat aliran sains tulen dan sastera di empat buah sekolah terpilih di dalam daerah Batang Padang, Perak. Dua instrumen kajian yang digunakan iaitu Ujian Kemahiran Penaakulan Saintifik (UKPS) yang merupakan versi ubahsuai berdasarkan Ujian Penaakulan Formal Bilik Darjah Lawson dan Soal Selidik Stail Pengajaran Guru (SSPG) adalah berdasarkan instrumen daripada Grasha Riechmann. Pengumpulan data secara kuantitatif dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science). Penganalisisan data telah dijalankan secara deskriptif dan inferensi menggunakan peratus, ujian t, ANOVA dan Korelasi Pearson ‘r’ pada aras signifikan 0.05. Berdasarkan analisis yang telah dibuat, tahap KPS para pelajar adalah rend..... 2581 hits |
8 | 2013 article | Pengetahuan dalam kalangan guru Matematik sekolah rendah berdasarkan standard pengajaran Matematik Pazin @ Fadzil Aini Hayati, Saad Noor Shah, Dollah Mohd. Uzi, Mohammad Zulkifley, Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru matematik sekolah rendah tentang pengetahuan standard pengajaran matematik dan komponen yang menyumbang kepada Standard Pengajaran Matematik. Metodologi kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik dengan skala likert lima point bagi mengukur tahap persepsi terhadap lima komponen pengetahuan standard pengajaran matematik iaitu pengetahuan atribut ikhtisas, pengetahuan amalan ikhtisas, pengetahuan ikhtisas, pengetahuan proses pengajaran dan pembelajaran ikhtisas dan pengetahuan pentaksiran berdasarkan standard-standard yang diamalkan di dalam dan luar negara. Kajian ini melibatkan 361 orang guru matematik sekolah rendah di Perak yang dipilih melalui persampelan rawak berstrata. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan min, peratus, sisihan piawai dengan menggunakan pakej perisian statistik serta Model Persamaan Berstruktur menerusi kaedah Kuasa dua Terkecil Separa. Dapatan kajia..... 2765 hits |
9 | 2013 article | Mengukur kesan model Konstruk Pengetahuan Berstruktur (KPB) terhadap anjakan sikap terhadap pembelajaran Biologi pelajar Moh @ Abdullah Eftah, Abd. Shukor Abd. Aziz, Lebar Othman, Dollah Mohd. Uzi, Penyelidikan ini bertujuan mengukur keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Biologi menggunakan Model Konstruk Pengetahuan Berstruktur (KPB). Dalam menilai keberkesanan KPB, perbandingan dibuat dengan Pengajaran dan Pembelajaran Tradisional (PPT). Model KPB mengandungi tiga fasa utama iaitu pemerolehan, integrasi dan aplikasi konsep-konsep. Modul KPB diguna sebagai protokol pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mengikut Model KPB bagi topik Respirasi dan Tenaga dalam mata pelajaran Biologi tingkatan empat. Pelaksanaan PPT tidak menggunakan modul khusus tetapi sentiasa dipastikan menggunakan buku teks dan melakukan amali yang sama, tetapi tidak memberi penekanan pengajaran mengikut fasa-fasa KPB terutamanya peringkat integrasi. Eksperimen-kuasi dengan Rekabentuk Kumpulan PPT Tidak Serupa yang melibatkan Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Kumpulan Eksperimen (Model KPB) dan Kumpulan PPT (PPT) digunakan dalam kajian ini. Seramai 171 sampel pelajar telah dipilih secara rawak dari empat buah s..... 1247 hits |
10 | 2013 article | Kemahiran penaakulan saintifik dan stail pengajaran pensyarah : indikasi awal ke arah peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar Institusi Pengajian Tinggi Mohd. Tajudin Nor’ain, Abd Rahman Nurulhuda, Saad Noor Shah, Yahaya Asmayati, Alimon Hasimah, Dollah Mohd. Uzi, Abd Karim Mohd. Mustamam, Penyelidikan tinjauan ini bertujuan menentukan tahap kemahiran penaakulan saintifik (KPS) pelajar Sains, Matemaik dan Kejuruteraan (SMK) di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA),stail pengajaran pensyarah (SPP) serta hubungan antara KPS dan SPP. Seramai 975 pelajar daripada enam buah universiti terlibat dalam kajian ini dan dipilih secara teknik persampelan rawak berstrata. Terdapat dua instrumen kajian iaitu Ujian Kemahiran Penaakulan Saintifik dan Soal Selidik Stail Pengajaran Pensyarah. Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratus dan min serta pekali korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran penaakulan saintifik dalam kalangan kebanyakan pelajar masih berada pada tahap operasi konkrit. Dua stail pengajaran pensyarah yang dominan menurut persepsi pelajar adalah pakar dan pemberi kuasa. Walau bagaimanapun kajian menunjukkan terdapat korelasi negatif yang lemah antara tahap kemahiran penaakulan saintifik dengan stail pe..... 3593 hits |
[First] [Prev] | Page 1 of 2 | [ Next ] [ Last ] |