AbstractModul Kelompok Bimbingan Integrasi REBT-Tazkiyah An-Nafs dibina untuk membimbing pelajar Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat di Darul Quran, JAKIM bagi meningkatkan motivasi, kecerdasan emosi dan resiliensi. Modul Kelompok Bimbingan Integrasi REBT-Tazkiyah An-Nafs mengandungi tujuh submodul berasaskan pendekatan tingkah laku berdasarkan teori Rational Emotive Behaviour Therapy (REBT) oleh Albert Ellis (1955) dan diintegrasikan dengan Tazkiyah An-Nafs oleh Al-Ghazali. Bagi mengukur kesahan kandungan, kaedah perakuan oleh 13 orang pakar telah digunakan manakala 30 orang pelajar Diploma Tahfiz semester 2 telah dipilih untuk mengikuti kelompok bimbingan menggunakan modul ini selama lapan minggu berturut-turut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Modul Kelompok Bimbingan Integrasi REBT-Tazkiyah An-Nafs mempunyai nilai indeks kesahan kandungan yang tinggi iaitu .90, nilai pekali Cronbach’s Alpha Modul Kelompok Bimbingan Integrasi REBT-Tazkiyah An-Nafs adalah tinggi iaitu .97. Kesimpulanya, Mo.....