AbstractKajian ini bertujuan untuk mengenalpasti permasalahan rumahtangga di kalangan suami isteri yang
membuat aduan masalah rumahtangga di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat (PAID Hulu Langat).
Antara faktor demografi yang dikaji adalah seperti jantina, umur, tempoh perkahwinan, status aduan,
kehadiran sesi rundingcara dan kaunseling, tahap pendidikan, jenis pekerjaan serta pendapatan
pasangan suami isteri yang telah membuat aduan masalah rumahtangga di PAID Hulu Langat. Pengkaji
telah menggunakan metodologi kajian kes dengan kaedah analisis dokumen sebagai kaedah pengumpulan
data. Kajian ini telah dijalankan di Unit Undang Undang Keluarga di PAID Hulu Langat dan sebanyak
261 fail aduan masalah kekeluargaan telah dianalisa bagi memenuhi tujuan kajian ini. Hasil dapatan
kajian menunjukkan bahawa permasalahan yang sering wujud dalam hubungan suami isteri yang membuat
aduan di PAID Hulu Langat adalah seperti pengabaian nafkah zahir dan batin, masalah kewangan, .....