|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 3 |
| Simplified search suggestions : Muhamad Hanafi Muhamad Hanefa |
| 1 | 2023 Thesis | Sikap British terhadap hubungan Brunei-Malaysia, 1970-1984 Muhamad Hanafi Muhamad Hanefa Kajian ini bertujuan untuk menilai sikap British terhadap hubungan Brunei dengan
Malaysia pada tahun 1970 sehingga tahun 1984. Fokus kajian ini ialah analisis terhadap
sikap British dalam menangani krisis yang timbul antara Brunei dengan Malaysia.
Penyelidikan ini menggunakan kaedah sejarah dengan pendekatan kualitatif
berteraskan analisis dokumen. Sumber yang digunakan untuk penyelidikan ini ialah
sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer terdiri daripada dokumen yang
diperoleh daripada arkib United Kingdom seperti dokumen Foreign Office (FO),
Foreign and Commonwealth Office (FCO) dan dokumen dasar luar Malaysia yang
diperoleh daripada Arkib Negara Malaysia serta hansard palimen yang diperoleh di
perpustakaan Palimen Malaysia. Sumber sekunder pula terdiri daripada penulisan
ilmiah seperti buku dan artikel jurnal. Data daripada dokumen ini dianalisis bagi
menjawab permasalahan kajian yang dikemukakan dalam penyelidikan ini. Hasil kajian
ini menunjukkan terdapat dua f..... 1465 hits |
| 2 | 2022 Article | Hubungan Tunku Abdul Rahman dengan British berkenaan isu dekolonisasi Brunei tahun 1957 hingga 1970 Muhamad Hanafi Muhamad Hanefa Kajian ini membincangkan perkembangan hubungan antara Malaysia dengan British pada era pentadbiran Tunku Abdul Rahman Putra al-haj antara tahun 1957 sehingga 1970. Isu yang diberi tumpuan ialah isu dekolonisasi Brunei yang sangat penting kepada Malaysia dan Britain. Kajian ini menggunakan metodologi sejarah, iaitu analisis dokumen dengan menggunakan dokumen arkib daripada British dan Australia bagi memperlihatkan hubungan antara Malaysia dengan British berkaitan Brunei. Pada akhir 1960-an merupakan era penting dalam penglibatan Britain di Asia Tenggara apabila pentadbiran Kerajaan Konservatif Britain telah memutuskan untuk menjalankan proses dekolonisasi terhadap tanah jajahan mereka di Asia dan Afrika. Proses ini memberikan kesan kepada tanah jajahannya di Asia Tenggara, terutamanya Brunei sehingga menyebabkan kuasa tersebut menyokong gagasan Malaysia yang disertai Brunei. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pandangan Tun Abdul Rahman dan British tentang Brunei selari, iaitu Brunei sang..... 725 hits |
| 3 | 2025 Article | Peranan Sultan Haji Ahmad Shah Al–Musta’in billah, Pahang dalam usaha normalisasi hubungan Brunei–Malaysia 1977–1980 Muhamad Hanafi Muhamad Hanefa Artikel ini memfokuskan tentang peranan yang dimainkan oleh Kesultanan Pahang dalam aspek politik Malaysia. Perbincangan akan berkisar tentang peranan yang dimainkan oleh Kesultanan Pahang dalam mengusahakan normalisasi hubungan Malaysia dengan Brunei pada tahun 1977 sehingga 1980. Artikel ini dihasilkan dengan menggunakan kaedah sejarah dengan meneliti sumber primer terutamanya dokumen yang diperolehi daripada National Archive United Kingdom. Artikel turut disokong oleh sumber _ sumber sekunder seperti jurnal, buku dan akhbar. Perbincangan artikel ini menunjukkan bahawa Kesultanan Pahang memainkan peranan penting dalam memulihkan hubungan Malaysia dengan Brunei yang agak tegang disebabkan oleh isu seperti tuntutan Limbang oleh Brunei dan pemberian suaka politik oleh Kerajaan Malaysia kepada bekas tahanan politik Brunei yang terdiri daripada ahli _ ahli Parti Rakyat Brunei. Kewujudan institusi kesultanan di Malaysia dan Brunei telah memudahkan proses normalisasi hubungan Brunei _ Malay..... 2 hits |