UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

30 record(s) found

2
Abstract
Tujuan kajian adalah untuk menghasilkan dan menentusahkan standard rubrik untuk mentaksir projek reka bentuk seni bina. Reka bentuk kajian berbentuk pembangunan dan pengujian dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Empat rubrik telah dibina menggunakan pendekatan Model ADDIE dan Kerangka Pembangunan Rubrik, iaitu Rubrik Penilaian Konseptual Idea, Rubrik Penilaian Reka Bentuk Pelan Tapak dan Lantai, Rubrik Penilaian Reka Bentuk Bumbung, Fasad dan Keratan Bangunan, dan Rubrik Penilaian Pembentangan Akhir. Rubrik telah melalui dua peringkat pengujian iaitu pengujian alfa (rintis) dan pengujian beta (sebenar). Rubrik disemak dan disahkan oleh 11 orang pakar sebelum digunakan. Data ujian rintis (pengujian alfa) dianalisis menggunakan pendekatan Model Rasch dan hasil analisis menunjukkan rubrik yang dibina mempunyai indeks kebolehpercayaan yang tinggi. Pengujian beta dilaksanakan di tiga buah politeknik, melibatkan 136 pelajar semester 5 dan 48 pemeriksa (19 pensyarah dan 2.....
Thesis Published 2016 5913 hits Available
3
Abstract
Suatu hal yang agak 'ganjil' terjadi kepada Pahang ialah ia dipisahkan dengan negerinegeri jirannya yang terdekat iaitu Terengganu dan Kelantan, sebaliknya digabungkan dengan negeri-negeri pantai barat Semenanjung. Akibatnya sehingga sekarang, Pahang seolah-olah menjadi 'marginal' baik dalam konteks negeri-negeri pantai timur mahupun negeri-negeri pantai barat. Apabila menyebut tentang pantai timur, ingatan terns kepada Terengganu atau Kelantan dan begitu juga kepada pantai barat, terns mernjuk kepada Selangor dan Perak. Dalam pada itu, Pahang adalah salah sebuah negeri tua yang tidak kurang penting kedudukannya baik dari sejarah mahupun kebudayaan. Dari segi kebudayaan, Pahang sudah tentu lebih dekat kepada wilayah pantai timurnya, yang bukan sahaja meliputi Terengganu dan Kelantan dan negeri-negeri pantai timur Semenanjung yang lain seperti Johor dan Riau tetapi juga tanah seberang lautan China seperti Borneo, Sulawesi, Jawa dan lain-lain. Dengan itu tidak hairanlah kalau di negeri i.....
Conference Item Published 2001 1637 hits Available
4
Abstract
Ahli ekologi manusia seperti Bronfenbrenner (1986) bersetuju bahawa peranan keluarga amat penting dalam pelbagai aspek atau dimensi perkembangan anak. Ibu dan ayah, sebagai orang pertama yang penting dalam kehidupan anak, menyediakan ruang dan persekitaran fizikal, sosial dan emosi yang boleh menggalak atau menghalang perkembangan kanak-kanak secara optimum. Selain itu, ibu dan bapa juga menyalurkan segala nilai, menetapkan peraturan, dan mengamalkan tradisi yang perlu diikut dan diakur. Menurut sistem teori ekologi, kedudukan anak dalam sistem tersebut adalah di tengah-tengah bulatan yang dinamakan sistem mikro, di mana terdapat tiga pengaruh utama, iaitu keluarga, rakan sebaya dan sekolah. Dalam bulatan sistem mikro tersebut, anak mengalami pelbagai interaksi dengan keluarga, dan ini kemudiannya menyumbang kepada perkembangan psikologi dan emosi mereka...
Conference Item Published 2003 2263 hits Available
5
Abstract
The main aim of this research was to develop an instrument to examine the intention of computer use among student teachers and provide an initial psychometric evaluation of the Computer Use Intention (CUI) scale among student teachers. The process of item generation for the CUI scale was carried out through the sequential mixed method approach. A total of 177 student teachers from a teacher education participated in this study. Based on the exploratory factor analysis (EFA) results, it yielded a four-factorial with 12 items in the CUI scale. The researchers then carried out a confirmatory factor analysis (CFA) to assess its factorial validity and reliability. Based on the findings, the CUI scale reached the minimum thresholds for acceptable scale. Convergent validity and discriminant validity of the CUI scale shows satisfactory validity and good internal consistency for all 12-item of CUI scale...
Article Published 2013 5202 hits Available
6
Abstract
Tujuan kajian ini adalah bagi mengenalpasti kesan perbezaan tahap keupayaan spatial pelajar terhadap prestasi kognitif dalam pembelajaran subjek biologi sel dengan menggunakan perisian visualisasi tiga dimensi. Perisian visualisasi tiga dimensi dihasilkan dengan menggunakan teknologi realiti maya dalam persekitaran web. Prestasi kognitif diukur dengan menggunakan ujian pencapaian. Reka bentuk kajian kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ini. Seramai enam puluh satu orang pelajar daripada sebuah universiti telah dipilih sebagai sampel kajian yang pemilihan adalah berdasarkan kepada kumpulan kelas sedia ada. Dapatan kajian menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan bagi pelajar berbeza keupayaan yang mengikuti pembelajaran dengan perisian visualisasi tiga dimensi. Hasil kajian ini menunjukkan perisian visualisasi tiga dimensi dapat membantu pelajar berkeupayaan spatial rendah untuk mempelajari subjek sains biologi seiring dengan pelajar berkeupayaan spatial tinggi. Dapatan menunjukkan.....
Article Published 2015 2321 hits Available
7
Abstract
Kajian ini adalah merupakan sebuah kajian kualitatif yang bertujuan untuk mencapai tiga objektif iaitu untuk mengenal pasti simbol-simbol dalam mantera berasaskan teori semiotik Peirce. Kedua menganalisis hubungan penggunaan simbol dengan makna mengikut konteks pandangan dunia Melayu dan ketiga menghuraikan penggunaan simbol sebagai terapi dalam masyarakat Melayu. Kajian ini juga merupakan sebuah kajian yang berbentuk kajian kepustakaan. Data utama kajian terdiri daripada mantera Melayu dalam buku Ulit Mayang Kumpulan Mantera Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Data dalam bentuk mantera ini dianalisis kandungannya berasaskan kerangka model Peirce Hashim Awang (PHA) untuk mengenal simbol-simbol serta fungsi-fungsi simbol tersebut. Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, kajian ini berjaya menemukan 76 jenis simbol. Simbol-simbol ini telah dikelompokkan kepada lima jenis iaitu simbol binatang, simbol tumbuhan, simbol alam kosmos, simbol benda dan simbol makhluk ghaib dan manusia.....
Thesis Published 2017 2551 hits Available
8
Abstract
The objective of this study is to develop and test the effect of a mobile learning application, called Collaborative Mobile Augmented Reality Learning Application (CoMARLA), on student learning achievement and motivation in learning the Information Technology course. The development of CoMARLA is based on a framework guided by Moshman’s constructivist learning principles and Keller’s motivation principles. This study was based on a quantitative approach using a quasiexperimental method that employed a 2 by 2 factorial research design. The independent variable was the learning method and the dependant variables were students’ learning achievement and motivation, with gender as the moderator variable. The sample of the study consisted of 120 social science undergraduates, with a mean age of 19.5 years, who were divided into an experimental and a control group. The experimental group received treatment with the use of CoMARLA on the mobile platform, while the control group received .....
Thesis Published 2017 2116 hits Available
9
Abstract
This paper identifies factors affecting the adoption of mobile learning application in the classroom. The principles of the Innovation Diffusion Theory (IDT) and Technology Acceptance Model (TAM) were adopted as the main elements that were investigated in this study, namely relative advantage, complexity, mobile learning acceptance, and intention to use mobile learning. The research design was based on a quantitative approach using an online survey involving a group of 200 undergraduates. Data collected were analyzed using the Comparative Fit Index (CFI) and Tucker-Lewis Index (TLI) on AMOS 20.0. Interestingly, the main research findings showed that all the indices fit the hypothesized model perfectly and all the technology acceptance constructs were significantly correlated. The finding encourage that UPSI’s undergraduates are perceptive to utilizing mobile learning approach with the utilize of novel mobile applications, which surely would have an enormous impact on the current teac.....
Article Published 2018 1094 hits Available
First Prev
Page 1 of 3

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.