UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 2
Simplified search suggestions : Muhamad Shafiq Mohd Ali
12023
Article
Analisis fizikal dan mineral Tembikar Tanah di Gua Lubang Kelawar Bukit Batu Tambah, Hulu Kelantan
Muhamad Shafiq Mohd Ali
Tembikar tanah merupakan antara artifak yang biasa dijumpai sewaktu kerja ekskavasi arkeologi sama ada prasejarah atau protosejarah. Tembikar tanah merupakan antara peralatan yang digunakan oleh masyarakat prasejarah sebagai alatan kegunaan dalam kehidupan seharian. Tembikar tanah yang dijumpai di tapak arkeologi perlu diketahui sama ada ia dibuat oleh masyarakat setempat atau dibawa dari luar. Oleh yang demikian, kajian secara analisis kimia perlu dilakukan untuk mendapatkan kandungan mineral dan unsur tembikar tanah supaya dapat dibandingkan dengan sampel tanah liat yang terdapat di kawasan tersebut. Perbandingan ini untuk mendapatkan kepastian sama ada tembikar prasejarah tersebut, dibuat di sekitar kawasan jumpaan atau dibawa dari luar. Hasil daripada kajian ini mendapati, tembikar yang dijumpai sewaktu ekskavasi di Gua Lubang Kelawar dibawa dari kawasan lain. Selain itu, dipastikan juga tembikar ini dibakar secara terbuka kerana suhu pembakaran yang tidak sekata. Kandungan unsur t.....

446 hits

22024
Article
Tembikar tanah sebagai barang perdagangan dan pencapaian teknologi masyarakat prasejarah
Muhamad Shafiq Mohd Ali
Tembikar tanah merupakan antara artifak yang biasa ditemui di tapak-tapak kajian arkeologi terutamanya tapak yang dilakukan ekskavasi arkeologi. Kebanyakan tembikar tanah ini dijumpai dalam bentuk pecahan dan amat sukat untuk menjumpai tembikar tanah yang lengkap dan masih utuh. Tembikar tanah merupakan artifak yang boleh dikatakan sezaman dengan budaya Neolitik, kerana budaya Neolitik telah menunjukkan masyarakatnya pada waktu itu telah mula tinggal di sesebuah kawasan dan tidak lagi berpindah randah seperti masyarakat sebelumnya. Terdapat beberapa pandangan pengkaji terdahulu yang menyatakan tembikar tanah merupakan bukti pemikiran berteknologi masyarakat Neolitik ini. Tembikar tanah boleh jadi dibuat di kawasan yang ditemui artifak tersebut dan boleh juga dibawa dari luar melalui urusan perdagangan antara masyarakat pedalaman dengan masyarakat pesisir. Bagi mengetahui sama ada tembikar tanah itu dibawa dari luar atau dibuat di kawasan tersebut, analisis secara saintifik digunakan ba.....

16 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.