UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

Simplified search suggestions : Muhammad Afif Mohd Aris
1
Abstract
Kajian ini bertujuan membangunkan modul pengajaran dan pembelajaran aktif topik tumbuhan sains darjah tiga dan seterusnya menguji keberkesanan modul dari aspek pencapaian murid dalam topik yang dipelajari, kemahiran proses sains dan minat murid kepada subjek sains. Modul ini berfokuskan pembelajaran aktif yang berpusatkan murid. Bagi mencapai tujuan tersebut Model ADDIE digunakan untuk membangunkan modul pengajaran dan pembelajaran aktif ini. Seramai 50 orang murid yang terdiri daripada murid darjah tiga dipilih sebagai sampel kajian. Tiga instrumen utama kajian yang digunakan iaitu soalan pra dan pasca, borang soal selidik dan juga senarai semak. Hasil dapatan soalan pra dan pasca yang dianalis menggunakan t-test menunjukkan peningkatan ketara bagi kumpulan eksperimen iaitu nilai signifikan (p=0.03) p0.05. Keadaan ini menunjukkan bahawa penggunaan modul pengajaran dan pembelajaran aktif ini berjaya meningkatkan pencapaian murid. Kesimpulannya, modul pengajaran dan pembelaj.....
Thesis Published 2019 2462 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan membangunkan modul pengajaran dan pembelajaran aktif topik tumbuhan Sains tahap 2 dan seterusnya menguji kesahan dan keberkesanan modul daripada aspek pencapaian murid dalam topik yang dipelajari. Modul ini berfokuskan pembelajaran aktif yang berpusatkan murid. Bagi mencapai tujuan tersebut, Model ADDIE digunakan untuk membangunkan modul pengajaran dan pembelajaran aktif ini. Dua instrumen utama digunakan dalam kajian ini, iaitu soal selidik dan ujian pra serta pasca. Hasil analisis menunjukkan bahawa modul ini memperoleh tahap kesahan pakar yang tinggi (88%) dan nilai kebolehpercayaan yang baik dengan pekali alpha Cronbach = 0.897. Selain itu, tahap kebolehgunaan modul juga dinilai tinggi, dengan skor min sebanyak 4.30 (90.44%). Seramai 180 murid telah dipilih sebagai sampel kajian, terdiri daripada 60 orang murid Tahun 4, 60 orang murid Tahun 5, dan 60 orang murid Tahun 6, yang dibahagikan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Analisis ujiant terhadap sko.....
Thesis Published 2025 64 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.