AbstractKajian ini bertujuan membangunkan modul pengajaran dan pembelajaran aktif topik tumbuhan Sains tahap 2 dan seterusnya menguji kesahan dan keberkesanan modul daripada aspek pencapaian murid dalam topik yang dipelajari. Modul ini berfokuskan pembelajaran aktif yang berpusatkan murid. Bagi mencapai tujuan tersebut, Model ADDIE digunakan untuk membangunkan modul pengajaran dan pembelajaran aktif ini. Dua instrumen utama digunakan dalam kajian ini, iaitu soal selidik dan ujian pra serta pasca. Hasil analisis menunjukkan bahawa modul ini memperoleh tahap kesahan pakar yang tinggi (88%) dan nilai kebolehpercayaan yang baik dengan pekali alpha Cronbach = 0.897. Selain itu, tahap kebolehgunaan modul juga dinilai tinggi, dengan skor min sebanyak 4.30 (90.44%). Seramai 180 murid telah dipilih sebagai sampel kajian, terdiri daripada 60 orang murid Tahun 4, 60 orang murid Tahun 5, dan 60 orang murid Tahun 6, yang dibahagikan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Analisis ujiant terhadap sko.....