AbstractKajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul LINE Pro bagi topik
Pengaturcaraan Linear berasaskan STEM dalam Matematik Tambahan Tingkatan 5
yang mempunyai kesahan yang memuaskan. Kajian ini meggunakan reka bentuk
Kajian Pembangunan (Developmental Research Design) dengan melibatkan
penggunaan model ADDIE. Proses kesahan modul telah dilaksanakan oleh tiga orang
pakar iaitu tiga orang guru Matematik untuk menilai modul tersebut. Seterusnya,
dengan menggunakan persampelan bertujuan, seramai 36 orang murid Tingkatan 5
daripada salah sebuah sekolah di Kuala Kangsar, Perak telah dipilih untuk menentukan
kebolehgunaan modul dengan melengkapkan soal selidik kebolehgunaan modul. Data
dianalisis dengan menggunakan indeks kesahan kandungan (IKK) bagi menilai
kesahan, manakala Cronbach Alpha bagi menilai kebolehpercayaan serta nilai min
untuk melihat kebolehgunaan kit yang dianalisis dengan menggunakan perisian
Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 23.0. Maklum balas dari.....