UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

58 record(s) found

1
Abstract
The main purpose of this research is to identify percentage, their relationships between obesity and lifestyle in primary schools. This research specifically identifies significant differences between Body Mass Index (BMI) in the primary school the relationship between lifestyle factors of nutrition, corelation between physical activities. This study was conducted with the participation of female students (n=380) in seven schools in negeri Kedah Darul Aman; SK Convent Father Barre, SK Kulim, SK Pendang, SK Kuala Kethil, SK Ayer Hitam, SK Titi Gajah, dan SK Langkawi. The statistical procedures used in this study included frequency, means, percentages and t- test. The result shows (n=141; 37.1 %) under weight, (n=131; 34.5 %) is normal. However (n=1; 0.3%) is over weight. There are (n=56; 14.7%) is having a risks and (n=43; 11.3%) are obes level I and (n=8; 2.1%) are obes level II. The result reveals that there is a correlation and significant between ‘Indeks Jisim Badan’ and Physica.....
Thesis Published 2009 6278 hits Available
2
Abstract
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pola taburan dan menentukan sejauh mana jarak dan parameter cuaca (suhu, halaju angin dan kelembapan) mempengaruhi serakan partikel terampai (PM10) di sekitar kilang simen Rawang; mengukur paras kosentrasi partikel ampaian secara mendatar; dan menilai pola partikel ampaian dan kaitannya dengan parameter cuaca tersebut. Data primer kajian diperoleh daripada kajian lapangan melalui pencerapan PM10, PM2.5, suhu, kelembapan, dan kelajuan angin di Rawang (kawasan kajian) dan Batang Kali (kawasan kawalan). Terdapat 11 lokasi pencerapan setiap satu di kawasan kajian dan kawasan kawalan. Analisis kajian menggunakan statistic deskriptif, ujian Kolerasi Spearman r, Regresi non-linear dan Regresi Pelbagai Stepwise. Hasil kajian mendapati jarak sangat mempengaruhi serakan partikel. Pola serakan partikel terampai di Rawang mempunyai hubungan yang berbeza-beza dengan parameter, iaitu hubungan sangat kuat antara jarak, dan dengan suhu, hubungan kuat deng.....
Thesis Published 2016 1879 hits Available
3
Abstract
Kajian ini bertujuan meneroka motif penglibatan dan corak orientasi matlamat atlet bola baling MSSK Daerah Padang Terap Pendang. Seramai 250 responden dipilih secara rawak mewakili empat kategori atlet melengkapkan "Participation Motivation Questionnaire" (PMQ) dan "Task and Ego Orientation in Sports Questionnaire" (TEOSQ). Data dianalisis menggunakan statistik diskriptif, perbandingan min dan korelasi. Dapatan kajian menunjukkan "perkembangan kemahiran" adalah motif utama atlet bola baling MSSK Daerah Padang Terap Pendang. Dapatan kajian juga mendapati atlet lebih berorientasikan tugasan berbanding orientasi ego. Analisis Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara orientasi tugasan dengan orientasi ego tetapi tidak signifikan antara atlet lelaki dan perempuan. ANOVA sehala membuktikan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi keempat-ernpat kategori atlet. Analisis korelasi Pearson secara keseluruhan, menunjukkan hubungan yang sederhana dan positif antara motif .....
Thesis Published 2005 2898 hits Available
6
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis program dakwah yang dilaksanakan di   masjid   di   daerah   Batang   Padang   Perak,   mengenal   pasti   faktor-faktor   yang  mempengaruhi kekerapan pelaksanaan program dakwah dan menganalisis masalah yang dihadapi    pihak     pengurusan    dalam    melaksanakan    program    dakwah.    Kajian    ini menggunakan reka bentuk  kuantitatif dengan kaedah tinjauan secara soal selidik. Seramai 245  orang  responden  yang   dipilih  dengan  menggunakan  kaedah  pensampelan  rawak mudah.  Data  yang  telah  diperolehi   dianalisis  dengan  menggunakan  perisian  Statistical Package for the Social Sciences 20.0 (SPSS).  Hasil kajian mendapati jenis-jenis program dakwah yang dilaksanakan di masjid  adalah program  berbentuk ihya’ Ramadan, ibadah dan keagamaan. Dapatan kajian mendapati faktor-faktor terhadap  kekerapan pelaksanaan program dakwah di tahap sederhana de.....
Thesis Published 2021 4176 hits Available
7
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi subjek Hifz al-Quran dalam Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT), persepsi pelajar terhadap penilaian yang dilaksanakan dan keberkesanan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi subjek Hifz al-Quran dalam meningkatkan prestasi dan pencapaian pelajar di Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) Daerah Batang Padang, Perak. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Sampel kajian terdiri daripada 18 responden Tingkatan 4. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratusan, min, dan sisihan piawaian. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya pelajar dinilai melalui empat kaedah iaitu ujian semasa tasmik (min=3.83, sp=0.5990), semakan pengekalan juzuk lama (min=3.50, sp=0.666) ujian bagi hafazan lama (min=3.30, sp=0.347) dan peperiksaan rasmi (min=3.60, sp=0.569) berada pada tahap sederhana tinggi. Persepsi pelajar terhadap pentaksiran .....
Final Year Project Published 2023 3747 hits Available
8
Abstract
Sumbangan golongan wanita kepada ekonomi rumahtangga, komuniti setempat dan pembangunan negara tidak boleh dipertikaikan lagi. Namun kesan sumbangan dan penglibatan ini boleh berubah mengikut lokasi. Artikel ini bertujuan untuk menentukan peranan dan cabaran golongan wanita luar bandar dalam pembangunan produk makanan traditional untuk pelancongan warisan di Lembah Lenggong, Perak Darul Ridzuan. Pembangunan produk makanan di bawah projek Warisan Dapur Komuniti Kampung Luat (WDKKL) ini adalah sebahagian daripada projek golongan wanita di bawah program keusahawan pelancongan berasaskan komuniti atau community-based tourism entrepreneurship (CBTE). CBTE ini diperkenalkan dengan tujuan untuk meningkatkan pendapatan komuniti setempat ekoran daripada perolehan status Tapak Warisan Dunia UNESCO oleh Lembah Lenggong pada tahun 2012. Penemuan kajian mendapati antara peranan projek golongan wanita ini disamping penjanaan sumber pendapatan tambahan mereka termasuklah untuk pemeliharaan identiti s.....
Article 1392 hits Available
9
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti, menganalisis dan membandingkan status sosioekonomi dan ciri-ciri kemiskinan di kalangan pekerja-pekerja estet antara Ladang Huntley (milik perseorangan), Ladang Harcroft (milik keluarga) dan Ladang Sungai Wangi (milik syarikat) di Daerah Manjung, Perak Darul Ridzuan. Kajian ini menganalisis sebab-sebab kemiskinan masih berterusan di estet serta peranan dan tanggungjawab kerajaan dan NUPW dalam mengatasi masalah kemiskinan di kalangan pekera-pekerja estet. Dapatan kajian menunjukkan kadar kemiskinan di Ladang Huntley (25.0 peratus) dan Ladang Harcroft (25.0 peratus) adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan Ladang Sungai Wangi (13.0 peratus). Secara keseluruhan, kadar kemiskinan di estet adalah jauh lebih tinggi daripada kadar kemiskinan negara, iaitu 5.2 peratus pada tahun 2002. Pekerja-pekerja estet terutamanya di Ladang Huntley dan Ladang Harcroft masih tidak menikmati kemudahan-kemudahan asas yang baik dan sempurna. Mereka masih miskin da.....
Thesis Published 2006 642 hits Available
10
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap amalan pembelajaran  tahfiz al-Quran berdasarkan  elemen-elemen persediaan pelajar dan proses pembelajaran seperti kaedah hafazan, alat bantu  hafazan, dorongan, permasalahan pelajar dan pencapaian hafazan al-Quran yang terdapat di institusi  pengajian tahfiz al-Quran. Kajian ini melibatkan 366 orang pelajar Maahad Tahfiz AI-Quran Addin di  Perak Darul Ridzuan. lnstrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik dan ujian  al-Quran secara bertulis bag mendapatkan maklum balas. Data kuantitatif daripada soal selidik  dianalisis secara deskriptif menggunakan Statiscal package for Social Sciences (SPSS) untuk  mendapatkan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Analisis korelasi Pearson digunakan untuk  mengukur tahap hubungan antara variable tersebut. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan  signifikan yang positif pada tahap sederhana (r = 0.645) di antara elemen kaedah hafazan dengan  persediaan pelajar. Se.....
Thesis Published 2019 970 hits Limited
First Prev
Page 1 of 6

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.