AbstractKajian ini bertujuan untuk menguji pengaruh efikasi kendiri guru terhadap kepimpinan guru Generasi X dan Y. Kaedah kajian adalah kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan menggunakan soal selidik untuk mendapatkan data. Kajian ini melibatkan 297 orang guru dari 43 buah sekolah kebangsaan di daerah Kerian dengan populasi guru seramai 1279 orang. Kaedah persampelan rawak berstrata telah digunakan dalam memilih sampel kajian. Analisis statistik deskriptif dan inferensi digunakan untuk analisis data. Dapatan kajian menunjukkan tahap efikasi kendiri guru pada tahap yang tinggi (min = 4.23, SP = .461) dan kepimpinan guru juga berada pada tahap yang tinggi (min = 4.21, SP = .513). Berdasarkan analisis ujian t, tiada perbezaan signifikan tahap efikasi kendiri guru dan kepimpinan guru di antara Generasi X dan Y. Berdasarkan analisis analisis regresi mudah, nilai __2=0.418 menunjukkan efikasi kendiri guru telah mempengaruhi kepimpinan guru sebanyak 41.8 peratus pada aras signifikan (p=0.000). Kesi.....