AbstractKemahiran menggunting adalah sokongan kepada kemahiran menulis dan kemahiran-kemahiran bilateral pergerakan motor yang lain. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menggunting kanak-kanak dengan menggunakan kaedah tunjuk cara dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) tunjang perkembangan fizikal dan estetika. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti implikasi kaedah tunjuk cara terhadap proses PdP. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan. Kajian ini melibatkan kanak-kanak kelas 5 tahun daripada sebuah tadika swasta di Bukit Beruntung, Selangor. Dua orang kanak-kanak yang didapati mengalami masalah menggunakan gunting telah dipilih sebagai peserta kajian. Data dikumpul daripada senarai semak, nota lapangan, foto dan temu bual, seterusnya dianalisis mengikut tema. Analisis data menunjukkan Peserta 2 iaitu kanak-kanak lelaki mengalami peningkatan kemahiran menggunting dari aspek pegangan gunting dan gerakan memotong, manakala .....