UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Muhammad Ihsan Rokeman |
1 | 2021 Thesis | Kesan interaksi tahap realistik dan ekspresi wajah positif animasi Talking-Head terhadap emosi pelajar Muhammad Ihsan Rokeman Kajian ini ialah bertujuan untuk menganalisis kesan interaksi tahap realistik karakter
animasi talking-head dua dimensi (2D) dengan ekspresi wajah positif terhadap emosi
pelajar. Tiga tahap realistik yang digunakan ialah ikonik, semi-ikonik dan realistik.
Manakala, dua ekspresi wajah positif yang digunakan ialah ekspresi senyum dan
ekspresi neutral bagi setiap tahap realistik. Secara terperinci, enam prototaip animasi
talking-head bagi paparan di skrin besar telah dibangunkan dan diuji. Reka bentuk
eksperimen kuasi digunakan bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang dibina.
Sampel kajian terdiri daripada 180 orang pelajar dari enam kelas di tiga buah politeknik.
Setiap pengkuliahan dengan animasi 2D talking-head telah ditonton dan dinilai oleh 30
orang pelajar dalam setiap kelas. Data yang diperoleh telah dianalisis secara statistik
dengan menggunakan two way repeated measures ANOVA serta prosedur analisis
regresi berdasarkan model Baron dan Kenny. Dapatan analisis menun..... 1389 hits |
2 | 2021 Article | Reka bentuk ekspresi wajah dan tahap realistik Talking-Head dan kesannya terhadap emosi pelajar Muhammad Ihsan Rokeman Animasi talking-head merupakan pendekatan yang boleh digunakan sebagai perwakilan guru atau agen pedagogi dalam medium pembelajaran digital. Namun, animasi talking-head berpotensi mengakibatkan ketidakselesaan sekiranya reka bentuk karakter talking-head yang tidak betul digunakan. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan serta mencadangkan suatu kerangka konseptual bagi panduan untuk kajian-kajian berkaitan permasalahan ini. Kerangka konseptual ini dibina berdasarkan teori, prinsip dan tinjauan literatur yang dilakukan. Artikel ini juga menggariskan cadangan kajian lanjutan untuk mengukuhkan lagi kerangka konseptual yang dibina... 293 hits |