UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 9
12016
Thesis
Impak kilang simen terhadap penghasilan PM10 di Rawang, Selangor Darul Ehsan
Mohamad Ihsan Muhamad Ismail
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pola taburan dan menentukan sejauh mana jarak dan parameter cuaca (suhu, halaju angin dan kelembapan) mempengaruhi serakan partikel terampai (PM10) di sekitar kilang simen Rawang; mengukur paras kosentrasi partikel ampaian secara mendatar; dan menilai pola partikel ampaian dan kaitannya dengan parameter cuaca tersebut. Data primer kajian diperoleh daripada kajian lapangan melalui pencerapan PM10, PM2.5, suhu, kelembapan, dan kelajuan angin di Rawang (kawasan kajian) dan Batang Kali (kawasan kawalan). Terdapat 11 lokasi pencerapan setiap satu di kawasan kajian dan kawasan kawalan. Analisis kajian menggunakan statistic deskriptif, ujian Kolerasi Spearman r, Regresi non-linear dan Regresi Pelbagai Stepwise. Hasil kajian mendapati jarak sangat mempengaruhi serakan partikel. Pola serakan partikel terampai di Rawang mempunyai hubungan yang berbeza-beza dengan parameter, iaitu hubungan sangat kuat antara jarak, dan dengan suhu, hubungan kuat deng.....

1319 hits

22021
Thesis
Kesan interaksi tahap realistik dan ekspresi wajah positif animasi Talking-Head terhadap emosi pelajar
Muhammad Ihsan Rokeman
Kajian ini ialah bertujuan untuk menganalisis kesan interaksi tahap realistik karakter animasi talking-head dua dimensi (2D) dengan ekspresi wajah positif terhadap emosi pelajar. Tiga tahap realistik yang digunakan ialah ikonik, semi-ikonik dan realistik. Manakala, dua ekspresi wajah positif yang digunakan ialah ekspresi senyum dan ekspresi neutral bagi setiap tahap realistik. Secara terperinci, enam prototaip animasi talking-head bagi paparan di skrin besar telah dibangunkan dan diuji. Reka bentuk eksperimen kuasi digunakan bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang dibina. Sampel kajian terdiri daripada 180 orang pelajar dari enam kelas di tiga buah politeknik. Setiap pengkuliahan dengan animasi 2D talking-head telah ditonton dan dinilai oleh 30 orang pelajar dalam setiap kelas. Data yang diperoleh telah dianalisis secara statistik dengan menggunakan two way repeated measures ANOVA serta prosedur analisis regresi berdasarkan model Baron dan Kenny. Dapatan analisis menun.....

1791 hits

32021
Article
Reka bentuk ekspresi wajah dan tahap realistik Talking-Head dan kesannya terhadap emosi pelajar
Muhammad Ihsan Rokeman
Animasi talking-head merupakan pendekatan yang boleh digunakan sebagai perwakilan guru atau agen pedagogi dalam medium pembelajaran digital. Namun, animasi talking-head berpotensi mengakibatkan ketidakselesaan sekiranya reka bentuk karakter talking-head yang tidak betul digunakan. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan serta mencadangkan suatu kerangka konseptual bagi panduan untuk kajian-kajian berkaitan permasalahan ini. Kerangka konseptual ini dibina berdasarkan teori, prinsip dan tinjauan literatur yang dilakukan. Artikel ini juga menggariskan cadangan kajian lanjutan untuk mengukuhkan lagi kerangka konseptual yang dibina...

368 hits

42023
Thesis
Hubungan paras partikel terampai (PM10) dengan parameter meteorologi dan simptom penyakit pernafasan di Ipoh Perak
Mohamad Ihsan Muhamad Ismail
Kajian bertujuan untuk menentukan hubungan partikel terampai PM10 dan PM2.5 dengan parameter meteorologi melibatkan suhu, kelembapan, kelajuan angin serta simptom penyakit pernafasan iaitu batuk, selesema, bersin, dan sesak nafas. Kajian menggunakan kaedah pencerapan di lapangan, borang soal selidik dan dapatan data sekunder dari Jabatan Meteorologi Malaysia. Data mentah dari pencerapan, soal selidik dan data sekunder yang diperolehi dianalisis secara deskriptif melibatkan purata, median, maksimum dan minimum dan seterusnya dianalisis secara inferensi menggunakan ujian parametrik dan bukan parametrik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pola partikel terampai PM10 dan PM2.5 adalah sangat tinggi di bahagian pusat bandar dan tinggi di beberapa kawasan pinggir bandar yang berdekatan dengan kawasan industri. Pola partikel terampai yang tinggi ini sangat mempengaruhi parameter meteorologi terutamanya suhu dan parameter kelembapan juga terkesan dengan pengaruh kekuatan yang sederhan.....

566 hits

52024
Article
Kesan ihsan kendiri dan mindfulness terhadap efikasi kendiri kaunseling kaunselor pelatih
Mohd Fahrizal Asmy Mohd Ali
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan dan kesan ihsan kendiri dan mindfulness terhadap efikasi-kendiri kaunseling kaunselor pelatih. Kajian ini melibatkan 116 orang responden yang terdiri daripada kaunselor pelatih yang sedang menjalani internship di organisasi. Terdapat tiga instrumen kajian yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah iaitu Skala Ihsan Kendiri, Five-Facet Mindfulness Questionnaire (FFMQ) dan Counseling Self Estimate Inventory (COSE). Dapatan kajian menujukkan terdapat hubungan dan kesan yang positif antara ihsan kendiri dan mindfulness terhadap efikasi-kendiri kaunseling kaunselor pelatih. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan bahawa memasukkan elemen ihsan kendiri dan mindfulness dalam pendidikan kaunseling akan membantu meningkatkan keupayaan dan keyakinan diri kaunselor pelatih dalam mengendalikan sesi kaunseling. Kata kunci: Ihsan kendiri, mindfulness, efikasi-kendiri kaunseling, kaunselor pelatih..

49 hits

62017
Thesis
Reka bentuk corak geometri Islam pada seni bina masjid negeri di Semenanjung Malaysia
Norlis Ismail
Pengaruh Islam telah memainkan peranan yang besar dalam pembentukan seni visual Islam di Malaysia. Beberapa elemen seni visual kini telah direka bentuk bagi menepati unsur-unsur kesenian Islam. Melalui seni bina masjid, terdapat tiga entiti utama kesenian Islam yang ditonjolkan iaitu seni khat, Arabesque dan Corak Geometri. Setiap entiti tersebut mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Kajian ini berkaitan dengan penggunaan corak geometri Islam yang terdapat pada masjid-masjid negeri di Semenanjung Malaysia. Masjid adalah lambang bagi agama Islam manakala mihrab, mimbar, menara dan kubah adalah antara empat ciri utama yang perlu ada pada setiap masjid. Tujuan laporan penyelidikan yang dilakukan ke atas sebelas buah masjid-masjid negeri, adalah untuk mengenal pasti, menganalisis dan mengkaji proses penghasilan reka bentuk corak geometri Islam berasaskan teori Gestalt, konsep Haqiqah dan Ihsan. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan data dikumpul melalui pendekatan p.....

1646 hits

72018
Thesis
Proses kreatif drama Mana Sikana: satu kajian teksdealisme
Ahmad Zaidi Baharuddin
Kajian ini bertujuan untuk membincangkan keunggulan seorang tokoh pengarang drama iaitu Abdul Rahman Napiah atau lebih dikenali sebagai Mana Sikana. Sumbangan beliau terhadap penulisan cerpen, pelopor absurdisme, pencipta teori sastera, pengembang teori moden dan pascamoden serta pelopor dalam kajian drama dan teater. Pendekatan kajian ini dilakukan untuk melihat proses kreatif beliau serta membincangkan aspek keunggulan dalam kehadiran, perlanggaran, pengukuhan dan keperibadian. Kajian ini merupakan kajian kualitatif terhadap sembilan buah drama beliau yang terpilih iaitu drama “Ihsan”, “Tanah di Hujung Bendang”, “Pengadilan”, “Hikmah”, “Mustaqima”, “Apa-Apa”, “Di Hujung Taming Sari”, “Pasir-Pasir di Pasir Salak” dan “Air Mata Naning”. Data yang dianalisis dibincangkan secara deskriptif menggunakan konsep Teksdealisme. Empat prinsip yang menjadi landasan teori ini ialah prinsip kehadiran, perlanggaran, pengukuhan dan keperibadian telah dijadikan kri.....

801 hits

82023
Article
Kesan intervensi kaunseling integrasi terapi realiti dan Tazkiyah Al Nafs (TR-TAN) dalam penyelidikan menggunakan reka bentuk single subject research
Amnah Maktar
Isu kesihatan mental remaja kini perlu dipandang serius dan ia perlu dirawat dengan intervensi yang sesuai. Kajian-kajian lepas mendapati, remaja yang mempunyai tahap ihsan kendiri rendah sering kali mengalami masalah kesihatan mental (Marsh et al., 2018). Intervensi kaunseling merupakan satu kaedah dalam membentuk kesejahteraan individu. Bagi mengatasi masalah ini, intervensi kaunseling integrasi Terapi Realiti dan Tazkiyah Al Nafs (TR-TAN) dipilih sebagai intervensi dalam usaha meningkatkan tahap ihsan kendiri remaja bermasalah kesihatan mental. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memberikan gambaran menyeluruh tentang reka bentuk Single Subject Research (SSR) dan bagaimana reka bentuk ini mengukur kesan intervensi tersebut. Tiga [3] orang remaja yang bermasalah kesihatan mental menjadi peserta kajian. Reka bentuk Single Subject Research (SSR) jenis A-B digunakan. Data dikumpul melalui instrumen Skala Ihsan Kendiri. Analisis visual melalui kaedah plot graf dan pengiraan Percentage .....

253 hits

92024
Thesis
Analisis aplikasi Tawjih Al-Qira'at pada ayat-ayat hukum dalam tafsir Nusantara
Sukhairu Sulaiman
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis ayat-ayat hukum di dalam tafsir Nusantara dari sudut Tawjih al-Qira_at, pendekatan penulisan ilmu Qira_at serta status Qira_at. Kajian mengenai ilmu Qiraat pada ayat hukum di dalam karya tafsir Nusantara telah dibincangkan oleh para sarjana terdahulu namun ianya masih memerlukan penelitian dan analisis terutamanya dari sudut kandungannya. Justeru, sebanyak lima buah kitab tafsir telah dianalisis dengan menggunakan metode analisis teks dan analisis kandungan melalui pendekatan induktif, deduktif serta komparatif bagi mengenalpasti aplikasi Tawjih al- Qira_at dalam karya Turjuman al-Mustafid oleh Abdul Rauf al-Fansuri, Tafsir Nur al- Ihsan oleh Hj. Muhammad Said dan Tafsir Marah Labid oleh Nawawi al-Bantani, Tafsir al-Azhar oleh HAMKA dan Tafsir al-Misbah oleh M.Quraish Shihab. Dapatan kajian menunjukkan terdapat sebanyak 60 tempat di dalam tafsir Nusantara yang mengaplikasikan Tawjih al-Qira_at dari aspek akidah iaitu sebanyak 23 tempat, akhlak se.....

73 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.